Saturday, November 6, 2010
start learning ALIF BA TA, ABC & 123 from now...
hari ni ummi nak share video2 yang ummi download kan untuk afy. tujuannya, ummi nak beri pendedahan awal kepada afy mengenai ABC, 123 and alif ba ta. bila search dekat you tube, ummi ade jumpe beberapa video yang memang afy suka sngt tgok smpai die gelak. afy bukan sahaja tgok video tu malah dia gelak skali bila ummi mula2 pasang. mungkin die paham bile tgok video tu. ummi cari kat youtube dan kemudian download video tersebut. first, untuk download, ummi cari software yang boleh download video from youtube. abi offer nak tolong. tapi abi bz. kesian plak abi sebab die kene buat bnyk poster untuk conference next week. so, abi just ajar je n yang lain2 ummi buat. bile dah siap download, kene tukar format pulak sebab player kat rumah ummi xleh support. abi tlng ummi carikan converter. abi ajar cara2 dan ummi yang buatkan semua. dah lepas download n convert baru pasang kat tv. video first yang ummi pasang untuk afy ialah video nie...
Afy tgok video ni mmng xberkelip. pastu, 1st time tgok die gelak. lebih2 lagi part huruf E yang jatuh tu. afy afy. kelakar. video tu ummi sendiri pon suka tgok. kadang2 bila stress kat office, tgok video ni, boleh hilangkan rase stress. haha. ada bnyk lagi video2 yang ummi downloadkan untuk afy tgok. bila ummi n abi nk masak or buat keje lain, we all xrisau tinggalkan afy. pasang je video tu, dia akan diam n berikan sepenuh perhatian. so, ibu2 pon leh la cuba bagi anak2 tgok. bukan sekadar hiburan untuk anak, tapi juga sebagai pembelajaran awal untuk baby.
ni ummi letak gmbr afy sedang khusyuk tgok video nie..
Friday, November 5, 2010
my birthday...
xsangka sungguh cepat mase berlalu. 4 november lalu, ummi dah menymbut hari lahir yang ke-tutttt-. hehe. umur teka la sendiri. eh, ke dah ade tertulis kat profile? baru nak rahsiakan dan nk suruh readers sume teka. alhamdulillah dengan nikmat umur yang Allah kurniakan. thanks to all yang wish ummi kat fb dan sms. sape2 yang sms, ummi susah nk reply sebab hp ummi dah reach limit. hp dah rosak. sob sob. tp, xpe. insyaAllah dah discuss ngn hubby nk g beli hp baru nt. hp ape nk beli? xsure lagi. tapi, ade beberape list hp yang berkemungkinan. hp ape yg best ye kawan2?
semalam, 4 november 2010, merupakan hari lahir ummi. hubby oncall pada hari rabu dan xde bersama ummi untuk menyambutnya tepat jam 12 pada 4 november. bile oncall list keluar, abi bgthu ummi dia xdpt nk sambut ngn ummi tepat jam 12 macam tahun lepas sbb oncall. ummi memang xkisah. xde la wajib pon kene sambut hari lahir tepat jam 12 malam kan. tapi, 2-3 hari sebelum tu abi asyik dok tanye ummi. ummi lagi suka dpt hadiah sebelum ke, semasa or selepas birthday? ummi ckp kat abi, xkisah pon bile2 tapi lagi suka dpt semasa birthday. hrm. sume pon mcm tu kan?
kalau tahun lepas, abi smbut birthday ummi tepat2 jam 12 malam. mase tu berdua dan tengah pregnant. afy belum lahir. masa tu kami duduk dekat asrama doktor pelatih. duduk bilik kecik je. tapi, seronok duduk situ. sampai sekarang masih rindukan bilik itu. tahun ni, sambut pada hari khamis, hari bekerja. kalau weekend best sket. pastu bz plak dgn kerja. malam tu, abi msg ummi dia busy sngt. selalunya abi smpt jugak la balik rumah belikan makanan untuk ummi n jenguk ummi sekejap kat rumah. ummi ingat abi boleh la balik kejap mcm selalu tapi tiba2 abi msg die bz sngt! ummi reply msg abi ckp xpe n dun wory. so, ummi anggap abi mungkin xdpt balik malam tu. so, ummi ngn afy pon masuk tidur. malam tu pulak afy memang susah sngt nak tdo. sebelum tido nanges je. tapi, alhamdulillah xlama pastu afy dpt tido.
ummi pon terus tido. mase tu pukul 11. selalunya if weekdays, ummi memang kene tidur tepat jam 11 sebab takut mengantuk nak drive g keje. so, pukul 11 dah tido. tiba2 terbangun tepat kol 12 sebab rase mcm ade orang kejut. rupa2nya abi yang balik. tapi, tibe2 abi dpt call dari hospital. ade kes kat redzone. hrmm. sekejap je abi leh luangkan masa. tapi, selalunya kalu abi balik mase oncall pon kejp je. xlama. ummi bangun. masa tu mamai2. abi wish happy birthday n bg ucapan (cewah). terharu. abi bagi kad yang tulisannya mcm cacing (tulisan doktor). jgn marah abi ;p tapi, ummi still dpt baca. tapi, cube bagi abi tulis term medical. confirm xpaham. hehe. lepas tu, dia masuk bilik korek2 hadih yang die sembunyikan. rupa2nya memang dh lama abi belikan hadiah tu. alhamdulilah murah rezeki abi. thank u my love. happy sngt! lepas dpt hadiah, wish from hubby, dia terus kene balik hosp. sumenyer berlaku dlm mase 10 minit! huhu. but, i really appreciate it. thanks abg. thank u so much and thank you Allah. ;)
Friday, October 15, 2010
a year ago...
setahun lebih yang lalu, iaitu tanggal 2 Jun 2009, adalah tarikh yang bermakna buat kami berdua. kami dinikahkan. rase macam baru je hari tu berdebar2 tgok hubby lafaz akad. sekarang, dah setahun lebih berlalu. ummi sengaja je buat entry ni sebab ade kawan ummi request nak tgok gmbr nikah & gmbr afy. gmbr afy dah ade tapi gmbr nikah je xde. ummi dah ckp kat die, dlm fb ade gmbr kami nikah. tapi, die ckp die xde fb. die malas nak log in fb. haha. so, ummi decide la masukkan je dalam blog. lagipun, ummi pon xpenah masukkan lagi dlm blog.
so, layan la moment2 terindah kami. hari kami disatukan. alhamdulillah. thank you Allah.
skill terbaru afy...
ade lagi skill terbaru yang afy tunjuk kat abi & ummi. afy dah pandai mengengsot ke depan! alhamdulillah! sebelum ni kesian die terkial-kial nak amek barang kat depan dia. mesti die pelik kenapa dia xdpt amek n makin jauh dari barang tu. sebelum ni, afy hanya pandai ke belakang, tapi skrng dh pandai ke depan. mase mula2 ummi tengok mcm xpercaya sebab afy dpt capai mainan yang ade depan die. cpt2 ummi amek kamera n rakam. lepas rakam terus mms kat abi yang ade kat hospital. abi oncall. ummi tunggu ape respon abi sebab skill ni mmng dh lama kami tunggu. lama jugak ummi tunggu abi respons. lepas lama tunggu, ummi sms abi ade dpt x mms yang ummi kasi. xlama lepas tu, abi call. abi nmpknye mmng sngt hepy smpai nk nanges tgok. hihi. my hubby ni mmng mcm tu. dia mmng akan sngt hapy n tunjukkan perasaan hepy die tu. bukan mende ni jek tapi mende2 lain pun mcm tu. die mmng suke bagi expression & kdng2 smpai over expression. but, i loike! hihi.
ni video yang smpt ummi rakam. enjoy ya!
Thursday, October 14, 2010
bonding exclu breastfeeding mothers & baby...
ummi sering tertanya2 apakah buktinya if menyusu dpt menguatkan lagi perasaan kasih sayang anak terhadap ibu dia. apakah bukti si anak yang menyusu secara eksklusif lebih rapat dengan ibunya. sejak afy lahir, ummi memang ternanti-nanti saat afy menunjukkan bukti bahawa afy dah kenal ummi & abi dia. ummi selalu tanya abi bila afy dpt kenal siapa ummi dia siapa abi dia. sebab sehingga kini afy masih lagi selesa dan xkisah duduk ngn sape2 n die xkisah pon sape yg pegang dia. dalam hati ummi sering tertanya2, afy ni belum kenal lagi ke siapa ummi dan abi dia? sebab dengan semua orang pon dia ok je. stranger anxiety masih lagi xde. ops! ummi bukan nak suruh anak ummi jadi mcm tu. actually ummi happy sebab afy boleh je duduk ngan sape2. tapi, kdng2 ummi tertanya2 sendiri.
sehingga la pada suatu hari, pada umur afy 6 bulan nak masuk 7 bulan, persoalan ummi dah terjawab. lepas balik keje, ummi amik afy kat rumah babysitter. as usual, if afy xtido, bbsitter afy akan dukung dia. lepas masukkan beg afy dalam kereta, baru la ummi amik afy dari dukungan bbsitter. hari tu terdetik hati ummi nak cuba sesuatu. ummi hulurkan tangan umi sambil panggil nama afy and at the same time afy tersengih dan memberi respons positif. die bagi respon kat ummi dan tolak badan dia menghala ke ummi. then, bila bbsitter afy hulurkan tangan, afy doesn't give any respon. so, ummi anggap afy memang dh kenal ummi. before this, dia xpenah pon bg respon mcm tu. alhamdulillah. balik rumah, terus call hubby kat hosp. abi oncall hari tu. ummi ceritakan semuanya kat abi. ummi rase seronok sebab persoalan ummi terjawab.
so, besoknya, bile abi balik, ummi suruh abi buat pulak. tapi, afy xrespon pun mcm afy buat kat ummi. so, mase tu dah terfikir dah, betol ke afy buat mcm tu semalam? lepas tu, abi amik afy then suruh ummi pulak amik afy. and ummi mmng xbermimpi. afy bagi respons kat ummi dan siap tersengih2 lagi. tapi, ummi sedih sbb afy xbuat mcm tu kat abi jugak. abi pun sedih jugak. dun worry hubby. xsemestinya dia xbuat mcm tu, dia xkenal abi dia sendiri. abi dia yang selalu tukar pampers, abi dia yang selalu suap dia makan, abi dia yang selalu mandikan dia, abi dia yang selalu main2 ngn dia. Ummi yakin, afy kenal abi dia.
ummi cuma nak bagitahu betapa kuatnya bonding antara ibu dan anak yang exclu bf. itu lah kebaikan yang xdpt disangkal dan ummi pon dah jumpa buktinya. my hubby penah ckp "if abg pon ade susu, abg pon nak bf semua anak-anak kita..tp, Allah jadikan ummi je yg ade susu". thank you Allah.
gmbr mase raya..nak jugak tepek gmbr ummi..huhu
Sunday, October 10, 2010
weekend..10.10.10
cantik betul trikh tu kan? n ramai pasangan2 yg dah selamat mendirikan rumah tangga pada tarikh 10.10.10. pada korang, penting ke trikh cantik untuk melangsungkan perkahwinan dan sebagainya? mungkin senang nak ingt la kot. tapi, jgn xtahu. ade juga yg sanggup kene induced bersalin semata-mata nk melahirkan baby pada trih 10.10.10. hrm, ntah la. jgn lah smpai membahayakan baby & diri sendiri semata2 nk mengejar trikh cntik tu.
hari ni dr. SMS pon dh selamat bernikah dengan pasangan beliau. datin dr. harlina. tahniah buat mereka. semoga bhgia sehingga ke akhir hayat dan sehingga ke syurga. tadi baru tgok majlis diorng kat TV3. no komen. ummi xnak la komen ape2. tghari tadi ummi dan abi pon menghadiri majlis perkahwinan kawan abi mase kat UPM dulu. Dr. Shida & Hafiz. rumah kwn abi tu dkt Taman Mawar, Sepang. jadi, sebab dh dkt dgn rumah & hari ni abi plak xoncall, maka kami berpeluang la menghadiri majlis perkahwinan mereka. congrates Dr. Shida. Kami doakan semoga kekal dan sentiasa bhgia sehingga ke syurga. ameen. lepas tu, kami jalan2 ke Carrefour, Rahang sebelum balik rumah.
cerita mengenai afy, anak ummi tu dh pandai satu mende. nt la ummi cerita. abi plak skrng nie kene panggil ke hospital. walaupon x keje tapi kene panggil sebab ade kemalangan ngeri kat lebuhraya PLUS lebih kurang kol 9 mlm tadi. baru je dgr berita mengenai kemalangan kat berita TV3. tup2 abi betul2 kene panggil dtg hospital! lebih kurang kol 10 tadi, abi dpt call. specialist ward panggil semua HO untuk tolong sebab redzone emergency sngt bz n kekurangan Dr. redha & pasrah lagi. so, tinggal la ummi n afy menanti kepulangan abi tp xtau kul brape abi balik.
ni ummi letak gmbr kami mase otw g sepang. layanz! ;)
Friday, October 8, 2010
tagged by fizzie..
1. apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
suami, anak(nk tukar soklan. bukan benda tapi orang). hehe. suka2 hati je tukar. kalu benda pulak setakat ni breastpump la. hehehe.
2. benda yang terakhir korang beli guna duit sendiri?
Baju afy yang dh semakin lama semakin kecik. sebab tu ummi beli bnyk baju baru kat afy.
3. dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
aaa? dh kawen la. impian ummi bukan tempat dan tema tapi impian nk mengadakan sekali lagi majlis kawen dgn pasangan yg sama iaitu suami ummi skrng. boleh x? ;p
4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
yer. hari2 bercinta! semakin hari semakin sayang!
5. berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?
selama-lamanya...
6. novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
suami ummi belikan ummi buku Pa&Ma..
7. dimana korang selalu jumpa dengan kekasih korang?
dulu2 slalu pegi OU, Bandar Utama
8. apa name penuh korang?
SSY..teka lah sendiri...
9. antara mak dan ayah mana yang korang lebih mesra?
Ma
10. namakan orang yang betul2 korang jumpe dalam hidup korang?
aaa? sume betul2 jumpa..
11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
mesin basuh yg basuh. nama pun mesin basuh..
12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Makkah..insyaAllah..one day..ade rezeki..
13. pilih satu, peluk atau cium?
aiyak! bahaya la soklan nieh..
14. beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang?
mesra alam, lawak, comel..
15. 5 mende yang korang sayang sangat dalam hidup korang?
mende? xde mende yg aku syng sngt melainkan insan tersayang..suami, anak, family..
16. 5 lagu yang korang suke dengar?
lagu yg menenangkan jiwa..
17. bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
4 November 1984..tahun lepas 1st time smbut birthday sbgai isteri. smbut kat asrama doktor pelatih hosp seremban. my hubby wat surprise. g amek ummi kat upm and bwk balik rumah. kol 12 mlm abg tutup lampu then nyalakan lilin kek, bg hadiah n kad. mase tu tgh pregnantkan afy. pastu abg bwk cuti2 malaysia ke PD. Best!
18. 5 orang blogger yang korang nak tag
hana yoriee
pinkpurple - puteri raidah
oozing87
shareena - teppei
faizah
19. cerita cikit blogger pertama yang korang tag
my BFF ku kat upm. die dh nak kawen bulan 12 ni. tgh bz buat persiapan. xsbr nk g wedding dieee.
dah abeh. kawan2 jgn lupe jwb yer!
Wednesday, October 6, 2010
stress!
oppss! bukan itu yang ummi stress kan. ummi stress n cuak sbb this friday (8 oktober), ummi kene present laporan pemantauan depan Timb. Peng. Kesihatan! Ya Allah , berilah aku kelapangan, kesenangan dan "ketidak cuakan" (ops! sila jgn gune word ni dlm karangan ye adik2) untuk berhadapan dgn beliau. permudahkan lah urusan ku. cuak seh! apa pun, kawan2 wish me luck k! esok 1 hari masih ade masa untuk selesaikan mana2 yang patut. so, jumaat nie, meeting akan diadakan di KK Kuala Pilah. Berjalan2 ke kuala pilah la pulak jumaat nie. tapi, xbest sbb terlepas jamuan raya kat office. xpelah. demi tugas.
ni ummi letak gmbr afy duduk bwh meja. bukan ummi yang letak dia bwh meja yer. dia masuk sendiri. ummi kat dapur masa tu. dia reverse2 tetibe ummi masuk ruang tamu balik, tgok2 dia dh masuk bwh meja. pastu siap angkat meja laptop tu dengan kepala dia. kuat betul anak teruna ummi. layanz!
n nk tepek gmbr ummi sket. hehe. ni mase jadi urusetia untuk program sambutan minggu penyusuan susu ibu daerah seremban. nak jugak letak. ;p
open house, kenduri & oncall
jadi, we decide nak buat open house hari sabtu di mana pada hari tersebut abi xoncall. itu yang penting. abi xoncall. if abi oncall cmane la ummi nak handle sorang2 kan. nama lagi 1st time buat open house. hehe. so, beberapa hari sebelum, ummi & abi call mek mintak resepi. mek mmng pandai bagi resepi. kenapa ummi kata pandai? sbb resepi yang die bagi tu mmg spesifik. sesuai sngt untuk tukang masak yang xpandai masak untuk ramai2 orang sbb takut salah budget. haha. jadi, lepas mintk resipi semua, step kedua g shopping! xjauh pon shopping. dkt giant ampangan jek. pada hari jumaat, tiba2 dapat tahu abi kene ikut ward round pada hari sabtu iaitu hari kami nak buat open house! oh no! kene tukar plan lain. pada mulanya kami nak masak sama2 pagi tu then jemput tetamu dtng bermula jam 2 ptng. tapi, nmpknye kene tukar plan drpd masak bersama2 kepada masak ber"single2"! mula2 agak cuak jugak. ye la nk masak untuk 15 - 20 orang mmng xsama dgn masak 1-2 orang. tapi, disebabkn yakin dgn resipi mek bagi, maka ummi sendiri willing bangun pagi2 nak masak sendiri dan hubby terpaksa bangun pagi g keje ikut ward round! tawakkal je la. baca selawat bnyk2 semasa masak supaya masakan anda dinkmati dengan penuh nikmat! cewah!
so, pagi2 lagi ummi bangun. oh lupa. nasi impit mmng dh rebus sehari sebelum iaitu pada hari jumaat malam. bwng2 & lengkuas semua juga dihiris pada malam tersebut bersama hubby. begitu jugak dgn kicap. tugas ummi pagi sabtu tu, hanya masak kuah sup sahaja. senang la sket. xde la semua nk buat pagi tu. bile dh siap masak sup, ummi berdebar tunggu abi balik sbb nak suruh die rase dulu. so dlm kol 11 lebih abi balik terus minta abg rasa. alhamdulillah, sedap katenye. marveles! haha. so, kite tunggu ape kate tetamu pulak.
bermula jam 1, tetamu dh mula dtng iaitu kwn2 abg dari hospital. kawan umi yg dtng 1org je. thanks to cik Hana Yoriee. die dtng bersama encik tunang nya. puas hati sngt dpt buat open house. dpt bagi orang makan dan rumah pon semakin berkat sbb ramai tetamu dtng. insyaAllah. nak dijadikan cerita, ade 2 orang kawan chinese n indian abi makan soto yg ummi masak bertambah2. smpai 7-8 kali tambah setiap sorang. kelakar pulak bile tgok. xberhenti2 makan. hehe. alhamdulillah. seronok pulak rase n credit to my mom in law sbb bg resipi yg superb! hehehe.
dah abeh citer pasal open house. nak cite rmengenai kenduri kawen plak. beberape minggu lepas ummi, abi dan afy ke sekinchan sbb ade kenduri my BFF kat sane. bertolak awal2 pagi sebab nak kejar majlis nikah. perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih. alhamdulillah dpt jugak kejar majlis nikah mereka. congrates to oai & pije. selamat melayari alam rumah tangga. & thanks to abi jugak sbb sudi memenuhi keinginan ummi nak tgok my BFF nikah walaopun my hubby oncall. lepas hubby balik oncall terus bertolak ke sekinchan. thanks abg!
16 oktober ni pon ade satu lagi jemputan kawen kat tampin. kawan mase upm dulu. tapi, ummi nak mintk maaf bnyk2 kat jaem sbb xdpt attend ur wedding. ummi akan ke perak. my bro-in-law konvo mase tu. adik ipar ummi konvo on 17 oktober but, my FIL dah booked hotel n stay sana sehari awal. so that, mungkin ummi & fmly kene balik KL on 15 Oktober tu. n mungkin ummi akan amek cuti pada 15 & 18 Oktober sebab nk bercuti2 bersama2 fmly lama2 sket. apepon, congrates to jaem. semoga sentiasa bhgia & majlis berjalan dgn lancarnya. ameen.
Tuesday, October 5, 2010
afy ku sayang...
"6th month old...exclusive breastfeeding baby" ....until now...alhamdulillah...
hari tu timbang afy dah 8kg..7th month checkup this 18th oct..isnin depan satu lagi..serius, pengalaman menyusukan bayi secara exclu adalah pengalaman yg sngt indah. fullstop. tiada yg indah melainkan yg indah2 belaka. hope anak kedua & anak2 yang seterusnya pon sama. ummi ada menerima ucapan tahniah dari kawan-kawan yang turut sama menyokong perjuangan menyusukan bayi. alhamdulillah. syukur diatas semuanya.
tips untuk ibu-ibu:
1/ jgn stress. sentiasa tenangkan fikiran. emosi ibu sangat mempengaruhi pengeluaran susu. pernah satu ketika, saya memang stress dgn kerja. so, hari tersebut, saya pump susu. malangnya, disebabkan stress, hasil pump pada hari tersebut tidak seperti hari-hari sebelumnya. kecewa sungguh.
2/ dapatkan sokongan dari ahli keluarga terdekat. suami terutamanya. alhamdulillah saya dikurniakn seorang suami yang memahami. suami saya sentiasa menyokong dan merupakan penguat keazaman saya untuk meneruskan perjuangan ini. tanpa dia, belum tentu saya berjaya. alhamdulillah.
3/ kerapkan ransangan dari bayi. semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak pengeluaran dan penghasilan susu. insyaAllah.
good luck to all mothers. n jgn lupa mulakan beri bayi makanan pada umur bayi 6 bulan. jangan bagi sebelum bayi mencapai umur 6 bulan.
daa!
Saturday, August 28, 2010
afy dah mula lasak
ketika entry ini ditulis, afy & ummi je dok umah. hubby oncall today. ganti kawan dia sbb wife kawan dia tu nak induce pada hari ni. so, hubby tlng ganti oncall. ummi kalau boleh nak hubby dok umah. tapi, at the same time ummi kesian kat kawan dia. teringat masa ummi bersalin dulu, hubby terpaksa oncall jugak pada hari ummi bersalin. alhamdulillah ummi bersalin pagi & hubby dapat jugak ada bersama ummi dalam labour room. lepas ummi bersalin, hubby terpaksa naik ke ward dia sebab dia kerja & oncall pada hari tersebut. ummi bernasib baik sebab ummi bersalin kat hospital yang sama dengan tempat kerja hubby ummi. so, xjadi masalah sebab hubby leh dtng jenguk ummi sekali sekala. alhamdulillah. jadi, beberapa hari lepas hubby ada tanya ummi mengenai oncall. ummi ckp kat hubby ummi kalau boleh nak hubby sentiasa ada dengan ummi. kalau boleh xyah oncall lansung! haha. boleh x macam tu? ummi kesian jugak kat kawan dia tu. so, ummi relakan je la. sebab ummi fikir mesti wife kawan dia memerlukan hubby die di saat2 perjuangan melahirkan baby. sama jugak macam ummi dan wanita2 lain. memerlukan kehadiran hubby di sisi dan sentiasa menemani. betul x? ;) so, ummi xkisah. redha dengan pemergian hubby untuk oncall. hehe.
petang nie, ummi akan berbuka dengan ibu mertua, sis in law kak long & mah. mereka akan dtng ke seremban berbuka dgn ummi. best2x. xde la berbuka 1orang2. yeay! tapi,kesian kat hubby. berbuka apa la nanti. so, tadi dah tidurkan afy lepas dia main2. sekarang dah makin lasak. semalam banyak kali abi tersedar sebab afy tiba2 ada dekat kaki abi. 2-3 kali plak tu. bukan sekali. lepas tu pagi tadi, masa ummi bangun tidur, ummi tengok afy xde sebelah ummi. terkejut betul!. ummi cari afy. rupa2 nya afy ada kat bwh meja laptop kat kaki ummi. masa tu dia tgh nanges sbb dia dah xleh bergerak. ya Allah! afy afy. lasak betul. tapi, xpela. itu la namanya proses tumbesaran seorang bayi. haha. ummi redha afy. hehe.
last. ummi upload gmbr afy. selama nie, afy bergerak sekeliling rumah guna gear reverse. kadang2 die guling2. haha. enjoy!
Thursday, August 26, 2010
duit raya, shopping & makanan afy
Ok! Dah abeh pasal shopping raya. Next ummi nak ckp pasal makanan pelengkap untuk bayi. Ummi tgh membaca 1 buku garis panduan pemakanan bayi dan kanak-kanak. Ummi nak share la mengenai makanan pelengkap untuk bayi berumur 6 bulan. Memandangkan afy dah boleh makan dalam mase beberapa minggu lagi nie iaitu pada hari raya, ummi pulak yang nebes. Hehe. Yang penting ummi xnak kasi afy makan nestum or apa-apa yang dijual di pasaran. Ummi xnak kasi afy makan makanan yang ditambah gula or garam sbb produk2 yang kebnyakannya dijual di pasaran telah ditambah gula n garam. So, ummi nak perkenalkan afy dengan makanan yang dibuat dirumah oleh ummi & abi dengan rasa asli tanpa penambahan gula dan garam. Kalau boleh ummi nak mulakan dengan bubur nasi, buah-buahan untuk permulaan. InsyaAllah, next entry ummi akan berkongsi mengenai pemakanan bayi dan kanak-kanak terutamanya bagi bayi yang baru nak memulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan. insyaAllah. Daa, jumpe next entry. Assalamualaikum.
Monday, August 23, 2010
vote for afy...
vote for safiyullah bin hamzah
klik sini
vote for afy! hehe. if kawan2 ummi klik, tapi xde gambar afy, kawan2 ummi kene scroll ke bawah and then pegi ke next page k! daa, assalamualaikum!
ummi demam...abi afy & afy jaga ummi...
lepas bangun tidur after sahur & solat subuh, ummi rase badan semakin lemah. actually kitorang nak pegi shopping today. tapi, kesihatan ummi xmengizikan. so, balik rumah terus la. nak makan ubat pon xleh. abi singgah farmasi g beli ubat clarinase (ubat selsema yang xmengantuk) untuk ummi. sampai rumah, solat zohor, abi suruh ummi rehat. abi amek kain basah n letak atas kepala ummi. kol 2 ummi tidur. afy pulak main2 sebelah ummi. abi pulak, semua kerja rumah dia buat. ummi dah xleh tolong. ummi tidur start kol 2 sampai kol 5.30 ptng. bangun2 je ummi tgok afy kat sebelah ummi tgh tidor jugak. susu afy, abi yang bagi. abi amek stok dlm peti ais sebab abi xnak kacau ummi. & afy minum 8oz sekali minum. fuh! banyak nyer afy minum. selalunya 4 - 6 oz. paling banyak 6 oz. xpernah smpai 8 oz. ummi bangun sebab abi kejut ummi nak solat asar sama2. ummi bangun, sumenye dah siap. makanan berbuka dah siap, baju untuk seminggu dah siap iron, baju dah siap jemur, afy plak dah siap dimandikan. semua tu hubby yang buat! owh! terharu sungguh! itu lah hubby ummi. sangat helpful & rajin. alhamdulillah ummi dikurniakan seorang suami yang memahami, rajen, helpful & bertanggungjawab. syukur sangat.
lepas solat asar, badan ummi maseh lagi xsihat. mungkin sebab xdpt makan ubat lagi. ummi maseh teruskan berpuasa. rase mcm rugi if nak berbuka. lagipon, ummi maseh lagi larat nak berpuasa. masa ummi and abi berbuka, afy sedap je tidur. xganggu ummi & abi berbuka pon. selalunya, kitorang akan berbuka dengan kurma, kuih and minum air dahulu. kemudian solat maghrib berjemaah. lepas tu barulah makan makanan berat dengan hati yang tenang. xde la solat maghrib lambat. insyaALLAH, suasana seperti ini akan diteruskan sampai bila-bila bersama afy dan bakal anak-anak kami yang lain nanti. lepas berbuka, makan ubat panadol and ubat selsema. lepas makan ubat, mengantuk sangat. abi suruh ummi tidur je dulu, then bangun solat isyak nanti. solat tarawikh pon ummi xbuat malam tadi sebab xlarat sngt. kesian kat abi solat isyak & tarawikh sorang2. afy pulak alhamdulillah behave je, xbanyak ragam macam selalu.
bangun pagi nie, ummi rase sihat sikit tapi belum sepenuhnya tapi hari ni xdpt nak amik cuti sebab ummi ade meeting penting kat seremban. meeting tu smpai tengahari. ummi ingat, ummi nak off petang. alhamdulillah meeting pon kat seremban je. dekat je la dgn rumah ummi. so, petang ummi dpt off. ummi dah msg bos ummi. actually bos ummi pon ade kat meeting pagi tadi. tapi sebab ummi xsmpat nk jumpe die, ummi msg & bos ummi pon ckp die off petang. hehe. so, skrng nie ummi kat rumah. berehat2 sambil buat entry baru. badan maseh lagi lemah tapi dah ok sket la dari semalam. alhamdulillah.
hari ni, abi balik lambat. kol 10 malam. sebab specialist request. HO kene balik kol 10 malam hari ni. owh! sungguh xbest. xpe la. sabar la. itu sebahagian dari tuntutan kerja hubby. kerja pon merupakan satu ibadah juga. so, si isteri kena la redha dan bersabar. insyaAllah. ;)
Thursday, August 19, 2010
wajah2 kesayangan kami..afy@5 months
weekend
ummi bagi tajuk weekend utk entry kali ni sebab ummi dah xsbr menunggu kehadiran weekend.setiap kali tibanya weekend ummi sungguh happy.masuk hari jumaat je happy sebab esoknya cuti.sape2 pon mesti mcm tu kan? masuk isnin, sume layu jek.hehe.btw, ummi sngt tertunggu2 kehadiran weekend kerana waktu weekend la ummi boleh bermanje2 dgn luvly hubby, bleh main2, peluk2, gomol2 anak ummi yang mok2 tu, boleh g shopping2, n boleh bawak afy balik sentul jumpe nenek, makcik & pakcik afy.nak balik kelantan mmng xdpt la sebab jauh & ummi mmng dh xsbr sungguh menunggu kehadiran bulan syawal.cuti ummi pon dah lulus.semalam pegi jumpe bos ummi.minta cuti.alhamdulillah bos ummi baik n luluskan cuti ummi.dia siap tanya ummi raya kat mana tahun ni & tanya ummi, hubby ummi dpt cuti or x.as usual, mcm tahun lepas, cuti hubby belum lagi diluluskan.sob sob.tapi, tiket balik kg sume dah book.haha.apa nak buat if cuti hubby xlulus? hrm.mesti sedih.dah ummi.stop.ape2 pon kite doakan semoga cuti hubby diluluskan.kan dah jadi anak emas consultant kat ward.x gitu en.hubby? hehehe.and oh! reason why my bos selalu tanya mengenai my hubby sebab my bos tu kenal my hubby. semasa hubby bergelar student dulu, hubby perlu menjalani posting community medicine. so, masa tu la hubby kenal my bos dekat PKD Kuala Pilah & jadi supervisor diorang. my bos n hubby terjumpa balik semasa abi datang teman ummi untuk lapor diri semasa mula2 kerja dulu.oh! keciknya dunia.
erm, ummi actually nak cerita mengenai weekend tapi ntah ke mana2 dah pergi. weekend ni ummi, abi & afy akan balik sentul. rumah mertua. berbuka puasa n bersahur sama2 disana. insyaAllah. selain itu, abi bagi cadangan kat ummi, die suruh ummi pegi shopping tudung kat Jalan Tar dengan kak long and mah. and ummi ask him balik. "abis tu abi xnak ikut ke?". serius. ummi mmng rase xbest if hubby xikut sama sebab selalunya ummi mesti mintak his opinion if nak beli ape2. abi said "abg xyah ikut la. abg jaga afy kat rumah. abg xnak bwk afy g tempat yang crowded. kesian dia". hrmm. berfikir sejenak. betul juga. kesian kat afy nanti. oh abang. kalu macam tu, kite g shopping kat tempat lain je la. xyah pegi Jalan TAR. lagipon baju ummi belum siap jahit lagi. 3hb ni baru siap. ummi jahit baju kat rembau. ni la 1st time raya baju kene tempah sendiri. selalunya ibunda tercinta je yang jahit baju. huhu. miss my mum so much! tengok la cmane weekend ni nanti. kalau ummi larat, boleh la pergi. if xlarat, jgn cuba2 nak pergi. kang pengsan. huhu.
yang keduanya, ummi nak cerita mengenai perahan susu ummi semasa bulan puasa nie. alhamdulillah rezeki afy masih lagi banyak. sekali ummi pump kat office dapat 14 - 16 oz. kadang2 boleh mencapai 17 - 18 oz. alhamdulillah. penghasilan susu ummi xterjejas semasa ramadhan. untuk pengetahuan semua, untuk membanyakkan hasil susu, ibu2 digalakkan kerap menyusukan bayi mereka kerana semakin kerap bayi menghisap, semakin banyak susu dihasilkan terutamanya pada waktu malam. penghasilan susu adalah banyak pada waktu malam. 1 lagi point yang ummi nak kongsi kat sini adalah, makanan sama sekali tidak mempengaruhi kuantiti penghasilan susu tapi pemakanan akan mempengaruhi kualiti susu tersebut. jadi, ibu2 digalakkan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi kita. insyaAllah.
oklah. ummi kene stop kat sini dulu. nanti ummi sambung lagi di lain entry. bye! salam..;)
Wednesday, August 18, 2010
check up 5 months..
hari jumaat lepas (13.8.2010), ummi bawak afy ke Hospital seremban untuk amek suntikan 5 bulan..selalunya ummi bwk afy ke klinik kesihatan je tapi memandangkan ummi n abi terlalu bz and xdpt cuti, we decide nak bwk afy ke hosp seremban tmpt abi kerja..lagipon, batuk afy xhilang2 sejak sebulan yang lepas..ummi sangat risau..tapi, afy hanya batuk shj and xde demam, selsema or penyakit2 lain..so, we decide nak bwk afy ke klinik paeds hosp seremban..amek suntikan and bwk afy jumpe pakar paeds kat sane..abg kenal pakar paeds tu..mula2 smpai kat sane, afy ditimbang n his weight pada umur 5 bulan adalah....7.4kg! semangantnyer anak ummi..alhamdulillah ade kenaikan berat walaupun xbnyk mcm sebelom nie..lagipon ummi risau takut afy xcukup minum sebab petanda2 die mula nak makan tu dah ade..tapi, insyaAllah, pada umur afy 180 hari, ummi and abi akan bagi afy makan..itulah yang dipanggil sebagai exclusive breastfeeding..tidak memberi ape2 pada bayi selain susu ibu dan memulakan makanan pelengkap pada umur 6 bulan..kene ingat 6 bulan..dan jangan bagi pada umur 4 bulan, 5 bulan, or sebelum smpainya umur bayi tersebut 6 bulan @ 180 hari..
lepas timbang n ukur tinggi, abi bwk afy jumpe pakar...abi cerita balik history afy kat pakar tersebut..afy diperiksa..n kene buat x-ray..ummi pon xtau nk explain term2 medical nie..setakat no murmur tu ummi tau la..haha..yang penting ummi doakan afy sihat dan jauhi afy dari penyakit asma..n alhamdulillah afy sekarang semakin sihat..batuk pon dah kurang cume selepas kene suntik, afy demam..suhu badan afy mase kami cek, 38.1..punya la terkejut and terus bagi afy antibiotik serta sejukkan badan afy dengan air..weekend kami hari tu dihabiskan dengan menjaga afy yang sentiasa menangis sbb xsihat..masa afy demam, kami risau sebab kami xpernah tgok n dgr afy nanges teruk mcm tu..tapi, walau macam mane teruk pon afy mase tu, die sempat hadiahkan senyuman buat abi n ummi..mungkin die nak bgtahu ummi n abi yang die ok and die xnak kami risau..walau apepon alhamdulillah hari ahad, afy getting better..suhu badan afy kami sentiasa cek..setiap sejam sekali..kdng2 xsmpai sejam, dah cek..haha..punye la risau..
mengenai puasa tahun 2010 nie, ummi and abi sngt happy sebab berpuasa ditemani oleh si kecil kami..afy membenarkan kami solat maghrib, isyak dan tarawikh berjemaah sama2..even sebelum2 nie pon die mmng membenarkan kami solat fardhu berjemaah..dan die tidak menangis semasa ditinggalkan sorang2..alhamdulillah, afy seorang anak yang senang dijaga..abi dan ummi sentiasa doakan afy menjadi anak yang soleh..ameen..
fuh! entry marathon betol nie..hehe..k la..next time ummi sambung lagi..bye! selamat berpuasa..salam
Thursday, August 5, 2010
doakan ummi...
tengahari tadi, lepas balik dari Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Peringkat Negeri kat Jelebu, baru teringat, ummi kene follow up pasal makanan untuk esok dgn katerer. terus call office, mintak number katerer tu dengan PT. Bile call, diorang ckp diorang xterima ape2 makluman mengenai makanan tu. ape? oh. dugaan. dugaan. sabar sa'ra sabar. cool. so, ummi call balik sister yang incharge and ask her. sister tu ckp, die ada bgtahu pihak katerer tu. tapi, xtahu mcm mane boleh berlaku mcm nie. so, kene la cari orang lain n call office skali lagi mintak number katerer lain. ok. dpt 1 number. than, ummi call. tapi, nasib xmenyebelahi. katerer tu dah ade another customer and dia xdpt buat bnyk2 sekaligus sebab kurang kakitangan n kenderaan. ummi call office skli lagi. ok. dpt 1 lagi number. ummi try call and alhamdulillah die setuju. syukur sngt. semoga esok berjalan dengan lancarnya. insyaAllah. doakan ummi.
ok la, stkt nie je dulu. hubby mcm biase. kol 10 baru balik. afy pulak tgh terkebil2 tgok ummi die menaip kat laptop. kesian plak ummi tgok. k la. nak g angkat n main ngn afy dulu. daa. salam. ;)
Wednesday, August 4, 2010
bz week...
dah lama x update blog nie.hmmm.lately sngt2 bz.especially July and early august.pegi keje, balik keje, tido awal n esoknya bangun balik pegi keje balik.hari2 mcm tu la rutin ummi & abi.termasuk hero ummi.afy.hehe.berckp mengenai afy, alhamdulillah afy sudah semakin membesar bagaikan juara..berat semakin bertambah, panjang juga semakin bertambah dan sudah pandai meniarap. good job afy! Minggu dpn afy dh nk masuk 5 bulan. cepatnya masa berlalu. alhamdulillah ummi masih lagi menyusukan afy secara eksklusif. tetapi, ummi risau sbb afy dah mula minum banyak. 1 hari die penah minum 22 oz mase kat rumah pengasuh. dua hari lepas 20 oz. semalam 18 oz. hari ni pon 18 oz. dah seminggu lebih afy minum agak banyak. stok ebm ummi dah jadi negative balance. selalunya positive je. huhu. risau. risau. kene berusaha keras lagi. ummi bincang dengan abi, hangat betul perbincangan P.Z.M dengan doktor. P.Z.M ckp ini, doktor ckp itu. fuh! nasib baik afy kecik lagi. kalu x, dengan afy2 join sekali. hehe.
abi xde kat rumah semasa ummi taip this entry. ummi tinggal dgn afy je. xbest betol bila abi kene stay kat hospital and tinggal berdua je dgn afy kat rumah. mcm lost n xtau nak buat ape. walaupon fikiran dok pk pasal kerja yang bertimbun2 xsiap. abi skrng nie baru masuk posting baru iaitu surgery. so, kebiasaannya bila masuk posting baru, every HO kene tagging selama 2 minggu. maksudnya kat sini, selama 2 minggu lah abi akan balik pukul 10 malam. everyday. so, tiap2 malam la ummi dok menghitung detik demi detik menunggu kepulangan hubby tercinta. ditambah pulak abi kene g keje kul 5 pagi tiap2 hari selama sebulan. what? 5 pagi? ye, 5 pagi. before this kol 630 pagi tapi untuk posting baru nie, abi kene g keje kol 5 pagi. ummi and afy tgh syok2 tido, abi dah kene siap2 g keje. kesian abi. sob sob. to my hubby, honey doakan abg sentiasa tabah and kuat semangat. doa honey sentiasa mengiringi. ameen.
citer pasal afy dah, pasal abi pon dah. now, citer pasal ummi plak. esok umi kene pegi Jelebu. ada sambutan Minggu penyusuan susu ibu peringkat negeri. tahun ni buat kat jelebu. tahun depan, xtahu lagi daerah mana plak akan jadi tuan rumah. so, esok ummi akan pegi jelebu bersama dengan Bos ummi kat daerah. yang bestnya, driver office datang amek kat rumah. hehe. so, xyah pegi office besok. lagipon, if nak g jelebu mmng kene lalu seremban. so, bos ckp amek kat rumah je. alhamdulillah. hari jumaat ni, ummi kene handle sambutan minggu penyusuan ibu dekat daerah pulak. peringkat daerah nt, ummi kene handle pertandingan memasak, kuiz penyusuan and ceramah pemakanan untuk ibu menyusu. From A - Z semua ummi yang handle. penat. sungguh penat. biasa la. P.Z.M mmng xde pembantu. sorang2 la buat keje. xbaik. xbaik. jangan merungut. kene ikhlas buat kerja. alhamdulillah setakat nie ummi maseh lagi enjoy and ikhlas. insyaAllah.
so, doakan ummi sukses yer..ameen..;)
Sunday, June 27, 2010
Tips Kesihatan: Severe dehydration....
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... :)
alhamdulillah, abi dapat off hari ahad ni dan luangkan masa bersama ummi & afy tersayang..
anyway, bulan Jun ni, abi ade sebanyak 7 kali on-call..dan ade 1 pengalaman yang xdapat abi lupakan semasa on-call bulan ni...
ade 1 malam tu, abi tgh tdo dalam bilik rehat houseman...then, abi pun dikejutkan dengan deringan telefon dari staff nurse ward...'doktor hamzah, ade 1 new case baru masuk...' then abi pun tanya balik coz nak tahu new case yang baru masuk tu serious or x..then, staff nurse jawab,'kes AGE (acute gastro-enteritis) je doktor...'..
pastu, abi pun pegi tandas sekejap, basuh muka, kumur2 sket, then capai stethoscope and pegila jumpa patient...masa tu, dalam fikiran abi, kebiasaannya kes AGE selalunya x seberapa serious...
tapi abi sgt terkejut bila datang kat katil pesakit tu...kanak2 yang baru dimasukkan ke wad tu, terbaring diatas katil, x active, dan nampak macam xrespond bila dipanggil/ disentuh...then abi pun tanya kepada mak pesakit tu,' sejak bila dia x active ni puan..?', then ibunya jawab,'sejak tengahari tadi...sebelum tu, dah 2-3 hari dia asyik cirit dan muntah2la doktor...minum makan pun dah xnak sangat...'....
sebenarnya, ape yang buat abi terkejut dan sedih sangat adalah, kenapa bila kanak2 tu dah kurang active, terbaring je, baru nak bawak dtg hospital....
kanak2 tu terus dimasukkan ke wad ICU untuk kanak2 (paeds ICU) selama beberapa2 hari...
kat sini, abi cuma berharap agar para ibu bapa di luar sana agar sentiasa ingat bila anak dah kurang makan/minum, adalah lebih baik untuk di bawa ke hospital...dehydration di kalangan kanak2 sebenarnya sangat bahaya kerana pada bila2 masa sahaja, kanak2 boleh menjadi teruk...
ok, tu je untuk kali ni...ape yang baik datangnya dari Allah S.W.T., dan ape yang salah/ buruk datang dari abi sendiri..semoga jumpa lagi, wassalam.
Saturday, June 26, 2010
pengalaman berpantang & jaundice part 2
hari ke3 - 4, kulit muka afy nampak kuning. tapi, ummi n abi xdpt tgok betol2 mata afy ni betul ke x kuning sbb mata die sngt sepet mase tu. xdpt nk tgok betul2. lagipon, afy sngt kuat tidur mase tu. nk bagi minum susu pon ummi kene kejutkan die. betul2 susah nk bagi dia minum susu mase tu. hari ke5 balik kelantan, abi decide nak bwk afy g klinik utk cek level bilirubin. otw balik kelantan ummi dpt rase maken hari, kuning afy maken naik. ummi ckp risau mase tu. serius ummi ckp, sejak dari hari ke3 nurse dtng rumah buat home visit n diorang ckp afy nmpk kuning tu, ummi dh rase risau sngt! lebih2 lagi bile tgok afy asyek tido aje. afy xnanges, xbunyi suara pon mase hari 1st balik rumah after discharge. lagi buat ummi risau.
seperti yang dh diceritakan oleh abi pada entry yang lepas, level bilirubin afy naik mendadak. afy dimasukkan ke ward pada hari yang ke7 (hari akikah afy) sebab level dia dah melebihi 300! ya Allah, hanya Allah je yang tahu perasaan ummi masa tu. rase mcm lemah seluruh badan bila dpt tahu level bilirubin afy bleh tinggi smpai mcm tu. dlm mase sehari, lvl boleh naik mendadak mcm tu. ummi nanges n abi tenangkan ummi. tapi, ummi tahu abi lagi la risau bile tgok afy mcm tu. hari tu jgk afy kene masuk ward. sementara ummi n afy diuruskan oleh nurse utk warded, abi balik rumah dulu sbb kene amik barang2 ummi n afy. ummi ditolak oleh staff gune kerusi roda ke ward kanak-kanak. afy pulak lena tidur mcm biase. xbangun2. smpai ward, ummi tgok ade 1orng je ibu. tgh menemani anak dia bwh lampu biru. staff nurse bwk ummi ke katil. kat tepi katil tu ade katil baby and ade lampu skali. staff nurse tu ajar ummi cmane nk gune lampu tu n diberi penutup mata. tapi staff nurse tu lupe mcm mane nk ajar ummi mcm mane nk buat ngn penutup mata tu n bgtau ummi ape yang perlu ummi buat. ummi blur. ummi rase lost mase tu. ummi call abi. nanges lagi. abi mase tu tgh bz kemas brng2.
nak xnak ummi kene mulakan phototherapy afy secepat mungkin. ummi pakaikan penutup mata. mula2 afy meronta2 xnak pakai. ummi rase kesian sngt kat afy. tapi, ummi terpaksa. ummi mintk maaf kat afy. sedih sngt mase tu. ummi bukak lampu n letak afy bwh lampu tu. alhamdulillah afy xnanges wpon ummi nampak afy mcm xselesa duduk bwh lampu tu. bwh lampu tu panas n abi ade pesan kat ummi kerapkan bagi afy minum susu supaya dia x dehydrated. ummi ingt pesan abi. xlama pastu, abi smpai n bwk brng2. abi tlng ummi kemas. abi masuk jugak dalam ward tu wpon sbnrnye xbleh masuk. abi mintk kebenaran nurse nk cukur sket rambut afy sbb hari afy masuk ward adalah hari ke-7. kat rumah skrng nie ade majlis akikah utk afy tapi, afy xde kat sana. ummi dh terlupa terus pasal majlis tu. ummi hanya pk pasal afy je mase tu. alhamdulillah ma n ayah ade. diorng la yang uruskan majlis tu.
ni la afy semasa warded kat hospital machang..
sedih kan tgok afy mcm nie? sob sob sob...
dah abeh waktu melawat, abi xleh temankan ummi n bersama afy kat hospital. ummi sedih mase tu. abi bwk ummi g taman depan ward n tinggalkan kejap afy yang tgh tido. abi ckp jgn risau. afy akan ok. abi ckp once dah duduk bwk lampu lvl bilirubin afy akan turun dgn cpt tapi ummi kene kerapkan menyusu afy sbb side effect nya adalah baby akan cpt dehydrated. so, abi pesan kat ummi kerap bagi afy minum susu. ummi ingt pesan abi. malam2 pon ummi set alarm 1 stgh jam sekali utk bangun bagi afy minum susu. ummi risaukan afy. sangat risau. hanya Allah je yang tahu. ummi dok spital selama 3 hari 2 malam. mmng dh xsbr nak balik. tapi, serius mase ummi dibenarkan balik, ummi xrase afy dah betul2 ok n ummi dpt rase lvl bilirubin afy akan naik balik.
wpon lvl afy dah turun, ummi masih lagi rase risau. abi pulak dah nak blik seremban n tinggalkan ummi n afy kat kelantan. cuti abi dah nak abes. ummi xsanggup nak berjauhan dgn abi dlm keadaan mcm nie tapi ummi pujuk diri sendiri. pada hari abi nak balik seremban, ummi nanges lagi. mmng orang ckp xelok ibu dlm pantang asyek menangis je. tapi, ummi mmng xleh nk tahan. sbb abi adalah orang yang ummi paling syg. xsume mende kite share ngn mak kite tapi ngn suami, sume mende kite akan share ngn dia. perasaan sedih ke gembira ke, xpuas hati ke, semuanya kite akan share ngn hubby kite. sbb itu la ummi rase berat sngt nk berpisah ngn hubby. ummi gembira dpt balik berpantang kat kelantan ngn mak ummi tapi dlm mase yg sama, ummi rase sedih sbb ummi kene berjauhan ngn abi. nak x nak, ummi kene relakan abi balik seremban. sebelom abi balik seremban, abi ade belikan lampu biru utk buat home phototerapy. abi pesan suruh letak afy kat bwh lampu tu sma mcm ummi buat kat hospital. yang penting, tutup mata afy n bagi minum susu secara kerap.
beberape hari lepas abi balik seremban, ummi kene bwk afy g cek lvl bilirubin lagi kat klinik kesihatan. mase nk bwk afy tu, ummi mmng risau sngt. ummi tkut lvl bilirubin afy xturun. n firasat ummi betol. lvl bilirubin afy xturun. ummi nanges lagi kat klinik tu. xpandai nk cover lansung. ummi nanges snyp2 la tapi ummi xtahu orang laen sedar or x ummi nanges. Dr kat klinik kesihatan tu decide surh bwk afy jumpe pakar kanak-kanak sbb afy dah berumur 14 hari. afy dh dikategorikan sbgai prolonged jaundice sebab dah 2 minggu afy kuning. Dr risau ade sebab lain. so, dr suruh dtng skali lagi ke klinik, cek lvl bilirubin and if xturun jugak, diorang akan buat surat refer utk jumpe pakar kanak-kanak kat HUSM. ummi risau takut afy pon akan mengalami nasib yang sama dgn ummi sbb ummi dulu pon mengalami jaundice yang teruk sehingga terpaksa tukar darah (blood transfusion). itu yang memnbuatkan ummi rase lagi risau. ummi call abi. abi sngt risau. ummi sedih tgok afy sbb kulit afy gelap n kusam. mungkin side effect duduk bwh lampu. sedih sngt tgok afy mcm tu.
malam tu, abi decide nak bwk balik ummi n afy ke seremban. ummi gembira tapi dlm mase yang sama, ummi tkut ummi menyusahkan abi. nanti kat sana sapa yang nk jaga ummi mase dlm pantang? sape yg nk masakkan utk ummi? abi ckp, ummi xperlu risau sbb abi sanggup lakukan sume tu. abi cuma xnak ummi sedih2 semasa dalam pantang. abi xnak ummi hadapi sume tu 1orng2. alhamdulillah thanks abi and ummi banyak terhutang budi dengan fmly mertua. mek n ayah yang dtng amek ummi kat kelantan n bwk ummi balik ke seremban dgn flight. thanks mek n ayah sbb sanggup bersusah payah utk ummi n afy.
to be continued...
Saturday, June 19, 2010
Tips Kesihatan: Kuning, Mata dan Buta....
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua... :)
ni merupakan 1st post dari abi sebagai tips kesihatan buat semua... :)
untuk yang kali ni, abi cuma nak ceritakan tentang penyakit kuning atau pun digelar NEONATAL JAUNDICE (NNJ)... :)
rasa2nya, kebanyakan orang mungkin dah tahu apakah itu penyakit kuning...nak cari dari internet pun senang...banyak laman web yang boleh ceritakan pasal penyakit ni..
kat sini, abi cuma nak bagitau tentang serba sedikit kepercayaan orang kita terhadap penyakit ni...ni berdasarkan pengalaman abi jugak... ;)
masa afy kena kuning tu, ramai orang bagitau abi ayat ni..."hamzah, baik2 dengan kuning tu....jangan sampai kena kat mata...nanti bahaya...boleh jadi buta..."
berkali2 abi dengar nasihat ni terutamanya daripada golongan yang lebih tua a.k.a. nenek, pakcik dan makcik...abi cuma diam dan senyum je setiap kali dinasihatkan begitu... :)
untuk pengetahuan semua, kepercayaan 'jangan biar kuning sampai kena mata...bahaya..boleh jadi buta..' tu sumanya xbenar...sebagai seorang doktor, dengan ilmu dan pengalaman yang abi ada, penyakit kuning ni sebenarnya akan bermula dari mata,dan kemudian berakhir di mata....maksudnya, pada peringkat awal penyakit kuning ni nak jadi, mata bayi tersebut yang akan kena dulu, dan pada peringkat akhir penyakit ni nak sembuh, kuning di mata yang akan hilang last skali... :) dan untuk pengetahuan suma jugak, penyakit kuning ni akan bermula dari atas dan kemudian ke bawah, dan akan hilang bermula dari bawah kemudian ke atas... :)
sepanjang pengalaman abi, sekiranya kuning tu dah sampai di bahagian perut dan kebawah, itu tandanya level kuning @ bilirubin tu dah menjangkaui 200 dan ke atas...so sekiranya ini terjadi, adalah lebih baik untuk bawak baby pergi check darah... :)
so, buat semua para ibu dan bapa, sekiranya terdengar atau diberi nasihat seperti diatas, jangan takut atau risau... insyaAllah xkan ade apa2 pada mata bayi tersebut... :) dan jangan lupa untuk sebar2kan tentang perkara ni, supaya kita suma lebih alert & update tentang isu kesihatan, insyaAllah.. :)
salam buat semua, semoga berjumpa lagi, apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T., dan ape yang buruk & salah adalah dari abi sendiri..assalamualaikum.. :)
Berpantang & Jaundice: Part 1
yang tulis post ni bukanlah ummi yang biasa tulis tu, dan juga bukan afy yang baru je masuk 3 bulan....tapi ni abi diorang merangkap suami kepada tuan punya blog.. :0 :)
alhamdulillah, akhirnya saya berjaya jugak menulis post untuk blog isteri saya ni...sebenarnya, abi xdela berminat sgt nak menulis blog2 ni...sebab abi sendiri pun jarang2 online disebabkan kesibukan bekerja..tapi setelah didorong oleh ummi, abi pun curi2 masa untuk tulis... :) dan sebenarnya disamping itu, abi jugak ade niat & reason sendiri untuk tulis blog ni...kerana agar abi dapat berkongsi sebanyak mana ilmu yang abi ade sebagai seorang doktor muslim, suami dan juga ayah kepada semua yang membaca... :)
untuk post yang pertama kalinya abi tulis ni, abi cuma nak sambung cerita yang ummi tengah ceritakan tu....kisah bersambung disini...:
Setelah selamatnya ummi bersalin, bermulalah masa ummi untuk berpantang..mula2nya, kitorang memang dah lama rancang untuk ummi berpantang di rumah ma (ibu ummi) di machang, kelantan...tapi untuk 4 hari yang pertama, ummi & afy masih duduk bersama abi di seremban ni..sebabnya nak biar ummi rehat betul2 dulu sebelum pulang ke kelantan yang mana perjalanannya mengambil masa 6-7 jam... :)
jauhkan..?memang jauh...huhu tapi x tau la bagi orang lain...anyway, mungkin ada yang tertanya2 nape abi, ummi dan afy xnaik flight je, lagi senang...actually, mula2 memang kitorang plan macam tu...tapi ade skali tu, ummi just check kat web air asia..rupa2nya barulah kitorang tahu yang minimum umur untuk seorang bayi nak naik flight adalah 9 hari dan ke atas.... huhu cian afy xdapat naik kapal terbang yek... ;)
so, dalam masa 4 hari yang pertama tu, ummi berpantanglah di seremban...alhamdulillah, pada masa tu, mek (emak abi) datang dan duduk di seremban ni...just untuk membantu di samping menunjuk-ajar kepada kitorang ape yang perlu dilakukan dan dielakkan ketika berpantang... alhamdulillah, pada masa tu jugak abi dapat belajar lauk yang boleh dimasak untuk wanita berpantang daripada mek... :)
so selepas tibanya hari untuk pulang ke kelantan, malam sebelum tu kitorang suma pun tido awal terutamanya abi yang nak drive jauh, supaya masa dalam perjalanan nanti, abi dapat memandu dengan segar dan selamatnya.... :) eh, terlupa pulak nak bagitau...sehari sebelum kitorang balik ke kelantan tu, adik ummi @ tira datang ke seremban dengan bas dari kelantan...sebabnya nak teman kitorang masa ondway balik ke kelantan nanti, agar ummi x letih sangat masa dalam perjalanan nanti...alhamdulillah, beruntung betul dapat adik ipar yang sanggup datang dari kelantan khas untuk tolong kakaknya yang baru lepas bersalin... :)
so masa dalam perjalanan balik tu, afy banyak di jaga oleh tira yang dok belakang..ummi dok depan, dan banyak rehat dan tido...afy dan tira duduk dibelakang...bila afy nak susu je baru ummi jaga...alhamdulillah,kami semua dapat sampai ke destinasi dengan selamat & lancarnya... :)
so masa berpantang di kelantan, masa ni lah antara masa yang mencabar buat abi & ummi...iaitu masa ketika afy menghidap PENYAKIT KUNING & NEONATAL JAUNDICE.. actually, semasa di seremban lagi, abi dah dapat rasa afy dah start nampak kuning..yang lain pun sedar jugak...masa tu ade jugak tergerak hati nak bawak afy ke hospital supaya dapat check berapa tinggi level kuning or bilirubin afy..tapi xjadi bawak sebab takut plan nak balik ke kelantan tergendala...so masa sampai di kelantan, keesokan harinya kitorang pun bawakla afy ke klinik kesihatan pulai chondong yang terletak berdekatan dengan rumah...terkejut mendengar keputusannya, rupanya level bilirubin afy dah naik sampai 288...mengikut apa yang abi belajar & praktikkan selama ni, sekiranya level bilirubin dah lebih dari 250, rawatan cahaya @ phototherapy perlu dibuat.....
pada masa tu, nurse kat situ dah nasihat supaya masuk ward, tapi disebabkan pada hari esoknya kitorang ade majlis akikah, potong rambut, dan pengisytiharan nama untuk afy (kitorang dah plan awal untuk buat semua tu pada hari ke-7 kelahiran afy), so abi pun mengambil keputusan untuk check bilirubin sekali lagi pada esoknya...xjadi bawak afy masuk ward...so pada pagi2 keesokan harinya, kitorang pun bawakla afy lagi skali ke klinik untuk check bilirubin dia..dan untuk pengetahuan semua, pada masa tu, timbul rasa penyesalan dalam hati abi, kerana ego dan degil untuk xnak bawak afy masuk ward awal2...sebabnya, rupa2nya level bilirubin afy dah naik sampai 334!!!!so, tanpa membuang masa, abi terus bawak ummi dari klinik tu ke hospital untukkan afy masuk ward...barang2 afy & ummi sume abi amik lepas tu...masuk je ward, terus diorang start phototherapy untuk afy....
nila gambar afy masa kena kuning tu.....
alhamdulillah, seperti yang abi agak, level bilirubin afy turun dengan cepatnya setelah diletak dibawah phototherapy.. :) dari 334 ke 276...dan kemudiannya turun lagi ke 233....dan alhamdulillah setelah 3hari 2malam di hospital machang, ummi & afy pun discharge daripada hospital...kerana untuk pengetahuan, if level bilirubin dah turun dan bawah daripada 250, doktor akan membenarkan pesakit untuk pulang ke rumah.. :)
gambar afy semasa abi melawat ummi & afy di hospital ... :)
suka ye abi datang tengok....hehehe
gambar afy masa hari nak discharge dari hospital... :)
encem x afy???? ;)
em, abi rasa sampai ni je kot untuk kali ni... :) ade keje sket nak kena buat..anyway,insyaAllah bermulanya dari post yang pertama ni, abi akan letakkan sedikit info mengenai kesihatan untuk dikongsi dengan semua, insyaAllah.. :)
salam untuk semua, jumpa lagi yek.... :)
Episod akan datang: Home Phototherapy..... :)
Friday, June 18, 2010
injection 3 month
berat afy bulan ni dah 6.4kg berbanding bulan lepas 5.7kg. alhamdulillah ade kenaikan berat badan. lepas settle buat ukuran & timbangan, kene inject plak. awal2 tadi masa kat rumah, ummi ckp2 n pesan kat afy "afy jgn nanges ye bile kene inject nt. afy kuat kan. jgn nanges ye syng". ummi mmng cukup kesian bile tgok afy kene inject. so, abi la yang pegangkan afy mase kena inject. sbb ummi mmng xsnggup nk tgok afy kene inject. mase afy jaundice dulu, abi sendiri yang amek drh afy kat rumah. so, ummi terpaksa la pegang afy. tu pon, ummi pejam mata. bila afy nanges kena cucuk, ummi pon nak nanges skali. oh! itula naluri seorang ibu. sungguh tinggi nilai kasih sayang terhadap anaknya. xsia2 ummi pesan kat afy tadi supaya xnanges. afy mmng xnanges mase kene cucuk. kuat betol anak ummi nie. ikut mcm abi ye. 'sihat' & kuat!! hehe..alhamdulillah kat klinik tu xramai orang. so, sekejap je la n xmengambil masa yang lama untuk menunggu. mungkin sbb ummi dtng waktu petang so, yang dtng pon xramai. balik klinik, ummi & abi mmng agak risau afy demam after injection. selalunya bayi yang menerima suntikan immunisation ni akan demam tapi, xsemua la. ade je yang xdemam. bulan lepas afy xdemam n alhamdulillah bulan ni pon xdemam jugak. syukur sngt. hubby orang yang pling risau if anak & isteri dia demam. lebih2 lagi bayi demam. if dibiarkan and suhu bayi tinggi boleh menyebabkan sawan and masalah2 lain. nauzubillah. semoga afy dijauhkan dari segala penyakit & perkara buruk. ameen. balik klinik, terus balik rumah. xpegi mane2 sbb ummi nak masak gulai daging versi kelantan utk abi. yummy yummy. so, balik terus je la. cume abi singgah kedai mamak sbb nk beli ABC. hehe. lepas habes pantang 44 hari ummi maseh lagi pantang minum ais. boleh la bertahan dalam 70 - 80 hari tapi sekarang dah xpantang dah. dah minum ais dah tapi maseh lagi under control. hehe. ingat nk pantang 100 hari tapi xberjaya. asalkan boleh saje. hehe.
Friday, June 11, 2010
foremilk & hindmilk
Nampak x perbezaan warna stok EBM ummi? Ade yang warna putih cerah sket and ade yang warna putih kuning. Untuk pengetahuan readers, susu yang berwarna agak putih cerah2 sket tu, adelah foremilk dimana apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk). Foremilk agak cair kerana mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan berperanan untuk menghilangkan dahaga. Manakala Hindmilk(akhir/belakang) pula, agak pekat, kurang air tetapi mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan berperanan mengenyangkan bayi. Hindmilk mempunyai kalori yg tinggi dan penting untuk memberi tenaga serta tumbesaran baby. Oleh sebab itu, bayi disarankan menyusu dengan lebih lama supaya mendapat hindmilk (>10mins every session).
Ihsan dari sarakids.com
Gambar kat atas tu menunjukkan perbezaan susu foremilk and hindmilk. Sebelah kiri adalah foremilk manakala sebelah kanan adalah hindmilk (nampak lebih berlemak and berkrim kan? Yummy yummy!!). so, pastikan bayi mendapat kedua2 jenis susu ini. Sebab kedua2nya perlu seimbang. Foremilk mengelakkan bayi dehydration manakala hindmilk pula untuk tumbesaran bayi. Sekiranya bayi tidak mengalami peningkatan berat badan, berkemungkinan bayi tidak mendapat hindmilk. Itu mungkin salah satu sebab la kenapa bayi xnaik berat badan.
Hrm, isnin ni kene g klinik bwk afy timbang and cucuk. Ummi kene amik time slip lagi. Abi plak xsure leh temankan or x. Tapi, xpe. Ummi pon boleh kot nak pergi 1orng. Tapi kalu boleh nak ade hubby skali. Hehe.
Thursday, June 10, 2010
pengalaman melahirkan safiyullah part 3
lama jugak la nurse tu amek mase menjahit. banyak agaknya n ummi xtanye lansung brape bnyk kene jahit. ngeri sungguh!! lebih kurang pukul 11 lebih kot baru la ummi ditolak keluar labor room tapi belum boleh dihantar ke ward lagi. ummi xsbr nk jumpe safiyullah. nak bagi susu and nak pegang dia. tapi, dr yang in charge dtng tnye keadaan ummi. check BP, check rahim sume. lepas tu, baru la 1orang nurse dtng bwk afy. dia suruh bagi minum susu. dan ini la masa yang ummi tunggu2. memberi susu kepada zuriat ummi. satu perasaan yang sungguh indah bagi seorang ibu. alhamdulillah, safiyullah memang sangat pandai hisap susu and ummi dapat bagi kolostrum yang berharga kepada afy. abi tetiba datang turun labor room. wajahnya sungguh berseri2 and hepy je. lebih2 lagi bila menerima ucapan tahniah dari rakan sekerjanya. "honey hadiahkan hadiah yang paling bernilai buat mu, suamiku yang tersyng". xlama pastu ummi ditolak masuk ward yang mula2 ummi masuk malam tadi. afy diletakkan bersama ummi sepanjang masa sbb hospital ini merupakan baby-friendly hospital a.k.a hospital rakan bayi. so, kat sini memang xbleh bwk susu botol. hanya susu ibu sahaja yang dibenarkan.
smpai je ward, nurse suruh buang air kecil. aduh! cmane nie. takutnye. fobia nak g toilet. ummi xpegi pon. tunggu dulu la. ummi baring2 je dulu kat atas katil. lagipon, luka kat bwh tu semakin lama semakin terasa kesakitannya sbb mungkin ubat bius dh xde. safiyullah pulak nyenyak je tido. mata ummi xlepas2 memandang safiyullah. dok pikir ikut sape la nie. ikut muka ummi or abi. hehe. ummi xtido pon padahal dah rase mengantuk n penat sngt. rase nak amek je dukung si kecik tu tapi, ummi xlarat. tapi, ummi dpt jgk la lelap sekejap. ptg tu, abi dtng jenguk ummi sekejap kat ward. safiyullah bukak mata pon macam xbukak sbb mase tu mata die sepet sngt. haha. comel sngttt!! nurse dtg tnye ummi dh g toilet ke belom? alamak! belom lagi. huhu. nak x nak mmng ummi kene pegi toilet. alhamdulillah ok je cume rase pedih sket and ummi ni mmng penakut je lebih.
mak mertua and adik ipar dtg jenguk ummi. mek la yang akan jaga ummi sepanjang beberape hari ummi pantang kat sini. lepas beberape hari, ummi akan balik kelantan. pantang kat sana dengan mak ummi sendiri. ummi kene stay ward dulu sehari n esok baru leh keluar. tapi, kene pastikan safiyullah buang air besar n air kecil dulu utk pastikan xde pape masalah. hubby dtng jenguk ummi skali lagi malam tu. dokong2 afy. bacakan selawat kat afy and main2 dengan afy. then, bila ummi dh ngantuk, abi temankan ummi sekejap tapi, abi plak yang tertido kat atas kerusi sebelah katil ummi. ummi kesian sngt kat hubby. dah la semalam xdpt tido temankan ummi sepanjang malam, hari ni plak oncall. thanks hubby. thanks for everything. luv u so much!!!
to be continued..pengalaman berpantang & jaundice
stok EBM
Ini adalah hasil stok EBM ummi untuk afy. Kadang2 ummi risau, cukup ke x susu untuk afy sehingga umur afy 6 bulan? Dan seterusnya 2 thun? Setiap kali pam mesti terfikir mende yang sama. Hrm..xpela, doakanlah semoga ummi berjaya menyusukan afy sehingga umur afy 2 thn. Ameen. Mase pantang ummi xpam pon. Memang ummi terlambat beli pam n buat persediaan untuk mengumpul stok EBM afy. Mengikut sumber yang ummi baca, seelok2nya pam seawal yang mungkin sebab semasa pantang, susu banyak. Ummi mula pam susu selepas pantang n 2 minggu sebelum ummi start keje balik. Ummi ajak abi pergi Bangi untuk beli pam susu Spectra 3. Alhamdulillah sampai hari ni, pam Spectra 3 sungguh serasi dgn ummi. Abi pulak memang sangat supportive. Sentiasa menyokong ummi. Bukan setakat dalam hal menyusukan afy tetapi dari semua aspek. Dan abi banyak tolong ummi. Mase ummi tgh pam susu, abi yang tolong ummi labelkan susu. Dia tolong ummi labelkan n kadang2 tolong ummi basuh corong pam susu n botol. Walaupun nampak macam pertolongan tu kecik je, tapi, itu pon sungguh bernilai buat seorang isteri. Serius.
Bila ummi dah masuk kerja, abi yang banyak tolong basuh botol susu yang afy guna, corong pam susu, sterile sume peralatan tu & lap kering. Abeh tu apa plak si isteri ni buat, if sume mende suami dia je yang buat? Aha. Ni la namanya bekerjasama & tolong menolong dalam kehidupan berumahtangga. If satu hari tu, ummi masak, abi la yang basuh sume peralatan tu and if hari tu, abi plak yang masak, ummi plak yang take over basuh peralatan tu. Ummi xnak amek kesempatan di atas kerajinan suami ummi melainkan afy meragam. Tapi, alhamdulillah afy memang seorang anak yang baik. Ummi & abi boleh buat kerja masing-masing and afy main2 sendiri. Afy bukan jenis yang perlu diangkat, diriba sepanjang masa. Melainkan afy nk susu. Dia akan resah gelisah. Ummi & abi dah cukup faham gaya afy if dia nak minum susu. Allhamdulillah semoga afy menjadi anak yang soleh bila besar nanti.
Owh, lupa plak. Actually ummi nak cerita pasal jadual ummi pam susu. Ummi xde jadual yang spesifik sbb kerja ummi sentiasa travel ke klinik kesihatan. Jadi, ummi amek masa lunch hour shj untuk pam susu. Walaupon sebenarnya, dalam pukul 10-11 pon ummi dah rase bengkak susu. Tapi, nak buat macam mana. Lansung xsempat nak pam n rase xselesa nak pam kat tempat laen melainkan bilik ummi sendiri. So, ummi tahan je la. Selalunya, ummi pam sekali sahaja and dapat lebih kurang 16oz. Kadang2 if ummi ade mase, ummi akan pam 2 kali and akan dpt lebih kurang 20oz ++. Alhamdulillah rezeki afy. So, bila dah pam ummi masukkan dalam bekas dadih and labelkan. Ummi dah siap2 bawak cooling bag ade 3 ice packs. Macam leceh nk tumpang2 peti sejuk klinik. Bila balik rumah terus ummi transfer masuk peti sejuk.
Sekarang nie, umur 2 bulan, afy minum sebanyak 16oz sehari, 4 kali minum (ni semasa berada di rumah pengasuh. Waktu malam, afy minum direct). So, ummi xdpt nak tambah stok EBM semasa weekdays. Jadi, pam mase weekend la yang dpt membantu menambahkan stok EBM. Untuk mengira berape oz setiap baby perlukan adalah mengikut berat badan baby tersebut. 150ml/berat badan (kg). Ni untuk sehari. So, bila berat badan baby bertambah, maka jumlah susu yang diperlukan pon akan bertambah. Itu yang buat ummi lagi risauuu. Next week check up kat klinik. Mase tu berat afy akan ditimbang dan ummi & abi akan kira balik jumlah susu yang afy perlukan setiap kali minum. Hope berat afy pon akan naik mengikut graf. InsyaALLAH.