Sunday, June 27, 2010

Tips Kesihatan: Severe dehydration....


assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... :)
alhamdulillah, abi dapat off hari ahad ni dan luangkan masa bersama ummi & afy tersayang..
anyway, bulan Jun ni, abi ade sebanyak 7 kali on-call..dan ade 1 pengalaman yang xdapat abi lupakan semasa on-call bulan ni...
ade 1 malam tu, abi tgh tdo dalam bilik rehat houseman...then, abi pun dikejutkan dengan deringan telefon dari staff nurse ward...'doktor hamzah, ade 1 new case baru masuk...' then abi pun tanya balik coz nak tahu new case yang baru masuk tu serious or x..then, staff nurse jawab,'kes AGE (acute gastro-enteritis) je doktor...'..
pastu, abi pun pegi tandas sekejap, basuh muka, kumur2 sket, then capai stethoscope and pegila jumpa patient...masa tu, dalam fikiran abi, kebiasaannya kes AGE selalunya x seberapa serious...
tapi abi sgt terkejut bila datang kat katil pesakit tu...kanak2 yang baru dimasukkan ke wad tu, terbaring diatas katil, x active, dan nampak macam xrespond bila dipanggil/ disentuh...then abi pun tanya kepada mak pesakit tu,' sejak bila dia x active ni puan..?', then ibunya jawab,'sejak tengahari tadi...sebelum tu, dah 2-3 hari dia asyik cirit dan muntah2la doktor...minum makan pun dah xnak sangat...'....

sebenarnya, ape yang buat abi terkejut dan sedih sangat adalah, kenapa bila kanak2 tu dah kurang active, terbaring je, baru nak bawak dtg hospital....
kanak2 tu terus dimasukkan ke wad ICU untuk kanak2 (paeds ICU) selama beberapa2 hari...

kat sini, abi cuma berharap agar para ibu bapa di luar sana agar sentiasa ingat bila anak dah kurang makan/minum, adalah lebih baik untuk di bawa ke hospital...dehydration di kalangan kanak2 sebenarnya sangat bahaya kerana pada bila2 masa sahaja, kanak2 boleh menjadi teruk...

ok, tu je untuk kali ni...ape yang baik datangnya dari Allah S.W.T., dan ape yang salah/ buruk datang dari abi sendiri..semoga jumpa lagi, wassalam.

No comments:

who's amung us