Saturday, November 6, 2010

start learning ALIF BA TA, ABC & 123 from now...

assalamualaikum,

hari ni ummi nak share video2 yang ummi download kan untuk afy. tujuannya, ummi nak beri pendedahan awal kepada afy mengenai ABC, 123 and alif ba ta. bila search dekat you tube, ummi ade jumpe beberapa video yang memang afy suka sngt tgok smpai die gelak. afy bukan sahaja tgok video tu malah dia gelak skali bila ummi mula2 pasang. mungkin die paham bile tgok video tu. ummi cari kat youtube dan kemudian download video tersebut. first, untuk download, ummi cari software yang boleh download video from youtube. abi offer nak tolong. tapi abi bz. kesian plak abi sebab die kene buat bnyk poster untuk conference next week. so, abi just ajar je n yang lain2 ummi buat. bile dah siap download, kene tukar format pulak sebab player kat rumah ummi xleh support. abi tlng ummi carikan converter. abi ajar cara2 dan ummi yang buatkan semua. dah lepas download n convert baru pasang kat tv. video first yang ummi pasang untuk afy ialah video nie...



Afy tgok video ni mmng xberkelip. pastu, 1st time tgok die gelak. lebih2 lagi part huruf E yang jatuh tu. afy afy. kelakar. video tu ummi sendiri pon suka tgok. kadang2 bila stress kat office, tgok video ni, boleh hilangkan rase stress. haha. ada bnyk lagi video2 yang ummi downloadkan untuk afy tgok. bila ummi n abi nk masak or buat keje lain, we all xrisau tinggalkan afy. pasang je video tu, dia akan diam n berikan sepenuh perhatian. so, ibu2 pon leh la cuba bagi anak2 tgok. bukan sekadar hiburan untuk anak, tapi juga sebagai pembelajaran awal untuk baby.

ni ummi letak gmbr afy sedang khusyuk tgok video nie..


Friday, November 5, 2010

my birthday...

assalamualaikum...

xsangka sungguh cepat mase berlalu. 4 november lalu, ummi dah menymbut hari lahir yang ke-tutttt-. hehe. umur teka la sendiri. eh, ke dah ade tertulis kat profile? baru nak rahsiakan dan nk suruh readers sume teka. alhamdulillah dengan nikmat umur yang Allah kurniakan. thanks to all yang wish ummi kat fb dan sms. sape2 yang sms, ummi susah nk reply sebab hp ummi dah reach limit. hp dah rosak. sob sob. tp, xpe. insyaAllah dah discuss ngn hubby nk g beli hp baru nt. hp ape nk beli? xsure lagi. tapi, ade beberape list hp yang berkemungkinan. hp ape yg best ye kawan2?

semalam, 4 november 2010, merupakan hari lahir ummi. hubby oncall pada hari rabu dan xde bersama ummi untuk menyambutnya tepat jam 12 pada 4 november. bile oncall list keluar, abi bgthu ummi dia xdpt nk sambut ngn ummi tepat jam 12 macam tahun lepas sbb oncall. ummi memang xkisah. xde la wajib pon kene sambut hari lahir tepat jam 12 malam kan. tapi, 2-3 hari sebelum tu abi asyik dok tanye ummi. ummi lagi suka dpt hadiah sebelum ke, semasa or selepas birthday? ummi ckp kat abi, xkisah pon bile2 tapi lagi suka dpt semasa birthday. hrm. sume pon mcm tu kan?

kalau tahun lepas, abi smbut birthday ummi tepat2 jam 12 malam. mase tu berdua dan tengah pregnant. afy belum lahir. masa tu kami duduk dekat asrama doktor pelatih. duduk bilik kecik je. tapi, seronok duduk situ. sampai sekarang masih rindukan bilik itu. tahun ni, sambut pada hari khamis, hari bekerja. kalau weekend best sket. pastu bz plak dgn kerja. malam tu, abi msg ummi dia busy sngt. selalunya abi smpt jugak la balik rumah belikan makanan untuk ummi n jenguk ummi sekejap kat rumah. ummi ingat abi boleh la balik kejap mcm selalu tapi tiba2 abi msg die bz sngt! ummi reply msg abi ckp xpe n dun wory. so, ummi anggap abi mungkin xdpt balik malam tu. so, ummi ngn afy pon masuk tidur. malam tu pulak afy memang susah sngt nak tdo. sebelum tido nanges je. tapi, alhamdulillah xlama pastu afy dpt tido.

ummi pon terus tido. mase tu pukul 11. selalunya if weekdays, ummi memang kene tidur tepat jam 11 sebab takut mengantuk nak drive g keje. so, pukul 11 dah tido. tiba2 terbangun tepat kol 12 sebab rase mcm ade orang kejut. rupa2nya abi yang balik. tapi, tibe2 abi dpt call dari hospital. ade kes kat redzone. hrmm. sekejap je abi leh luangkan masa. tapi, selalunya kalu abi balik mase oncall pon kejp je. xlama. ummi bangun. masa tu mamai2. abi wish happy birthday n bg ucapan (cewah). terharu. abi bagi kad yang tulisannya mcm cacing (tulisan doktor). jgn marah abi ;p tapi, ummi still dpt baca. tapi, cube bagi abi tulis term medical. confirm xpaham. hehe. lepas tu, dia masuk bilik korek2 hadih yang die sembunyikan. rupa2nya memang dh lama abi belikan hadiah tu. alhamdulilah murah rezeki abi. thank u my love. happy sngt! lepas dpt hadiah, wish from hubby, dia terus kene balik hosp. sumenyer berlaku dlm mase 10 minit! huhu. but, i really appreciate it. thanks abg. thank u so much and thank you Allah. ;)

who's amung us