Friday, February 25, 2011

Tips penjagaan gigi bayi

Assalamualaikum,

kali ni ummi nak share mengenai penjagaan gigi bayi & kanak-kanak. dah lama dah surf internet mengenai tips penjagaan gigi bayi ni.. ummi betul2 terlupa yg ummi sepatutnya awal2 lagi pergi tanya doktor gigi or staff dkt klinik ummi tu. bnyk info yg ummi dpt ptng tadi. mcm mane leh terlupa ntah. padahal bilik ummi sebelah je dgn klinik gigi tu. jadi, nk share sket info utk mana2 mommies yg tgh mencari info atau tertanya2 cara penjagaan gigi bayi.

masa sessi consultation ptg tadi, mereka ckp gigi afy sihat cume lambat sket tumbuh. gigi afy skrng dah 6 btg. 4 atas 2 bawah. tp xpe. lagi lambat gigi tumbuh lagi bagus. penjagaan gigi bayi ni kan susah. lagipun mereka belum pandai nk gosok gigi dan jaga gigi sendiri kan? jadi, jgn risau kalau anak anda x tumbuh gigi lagi. ok, kat bwh ni ummi listkan tips bagaimana nk elakkan gigi anak anda rosak.

1/ elakkan bayi tertidur selepas minum susu atau ape2 air yang manis. jadi, kalau dah nampak anak dah mamai2 terus bagi air masak untuk wash his/her mouth.

2/ beri makan makanan yang sihat & seimbang kepada anak dan kurangkan makanan manis spt aiskrim, coklat, kek dan sebagainya.

3/ sila bawa anak ke klinik secara berkala untuk monitor kesihatan gigi mereka seawal usia 1 tahun.awalnyer? yer, seawal 1 tahun supaya anak kita dpt membiasakan diri dan xtakut nak g klinik gigi atau bile doktor gigi dtng buat rawatan gigi kat sekolah. staff tu ckp budak2 sekolah skrng ni dah pandai yang koyakkan kad rawatan gigi sbb takut nk jumpe doktor gigi. selain tu, ada jugak kes yg melarikan diri.

4/ kalau nmpk gigi anak anda dah ade tompok2 putih, cpt2 bawak ke klinik sbb itu tanda awal karies gigi.

5/ ada bnyk cara nak bersihkan gigi anak iaitu :

- TOWEL LEMBUT & BERSIH - cara yg paling senang dan berbaloi2..hehe



- FINGER TOOTHBRUSH - sesuai utk bayi dan agak senang berbanding gune berus gigi. alat ni lembut dan xkeras. saya ada pegang dan sentuh tadi.

credit to google

- BERUS GIGI KHAS UNTUK BAYI - direka khas supaya berus gigi ni x ter'push' into the throat.

lebih kurang gini la gmbrnye...credit to google

6/ ubat gigi yang berflourida penting yer..tapi xdigalakkan ubat gigi yang berperisa kerana mereka akan telan dan seterusnya akan menyebabkan toksik dalam badan. x elok utk kesihatan. so, xdigalakkan guna ubat gigi yang berperisa.

ok..itu sahaja..nt kalu ade info2 terbaru lagi mengenai penjagaan gigi, ummi akan share...;)

mutiara kata: Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Diet 1500 kalori

Assalamualaikum,

kawan2 semua...hari ni ummi nak share contoh menu 1500 kalori..diet 1500 kalori ini adalah untuk sedentary women dan older adult..bagi sesiape yang nak diet juga, boleh la ikut this recommendation..contoh menu ini adalah dari Buku Malaysian Dietary Guidelines, Ministry OF Health 2010..ummi juga gune this recomendation utk patient ummi yang ingin menurunkan berat badan...

BREAKFAST
Nasi goreng (1 cawan) cooked with carrot (1 1/4 cawan)dan french beans (1/4 cawan)
kopi (1 cawan) dengan low fat milk (1/4 cawan)

MORNING TEA
Tea WITHOUT SUGAR! (1 cawan)

LUNCH
Bihun sup (1 cawan) + udang kecil (10 pieces) + sawi + tomato + carrot + baby corn (1 cawan)
tembikai (1 potong)
ice lemon tea (1 sudu teh gula) 1 gelas

AFTERNOON TEA
Popia Basah (2 keping)
tea WITHOUT SUGAR (1 cawan) + low fat milk (1/4 cup)

DINNER
nasi putih (1 cawan)
sup sayur campur (1/2 cawan)
ikan kembung bakar berlada (1 ekor sederhana)
pisang emas (2 biji)
air kosong (1 gelas)

agak2 boleh x follow diet nie? sesuai sngt utk orng yg berdiet..kalau semua perasan, kebanyakan makanan untuk 1500 kalori adalah makanan yang berunsurkan rebus, sup atau bakar...no santan, no minyak n bergoreng...jadi selamat mencuba! tapi, untuk ibu mengandung dan ibu hamil kalori yg lebih banyak diperlukan untuk menampung keperluan..if ade mase, ummi share lagi yer...;)

pic di bawah adalah semasa ummi bg talk dkt Sek. Men. Dato' Undang Haji Adnan. Ummi dijemput oleh student Medic, UM bagi menjayakan program Kem kesihatan yang mereka anjurkan...;) abi dan afy pun jadi audience...hehe...









mutiara kata: Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Thursday, February 24, 2011

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.



15 interesting facts:

ummi rase xde la interesting sngt pun. tapi, ini la diri ummi. kalau suruh suami ummi, confirm sekejap je die leh tulis. yela, sbb tinggal satu rumah. sume benda die tahu.

1. seorang yang cepat gelabah. kalu ade sesuatu yang berlaku, ummi akan menggelabah. xleh nk berfikir.

2. kalau marah, diam...xberape pandai nk bebel...

3. bwk kereta kat highway paling laju 110km/h jek..sbb suami pesan jgn lebih dari itu...

4. baru je boleh bwk kereta sendiri tahun lepas..itu pun sbb dah mula bekerja...mula2 agak takut...alhamdulillah, ade cikgu (hubby) yang bagus..hehe...cikgu ummi garang..oppss...;D

5. agak penakut orangnya...huhu...Hubby selalu pesan..Allah kan ada...;)

6. selagi xsiap kerja, selagi itu lah saya xsenang hati..jadi, utk mengelakkan ummi xsenang hati, kene siapkan kerja awal2...supaya ummi xbwk balik kerja office di rumah..dan dpt meluangkan masa dgn abi n afy...tp, sekali dua ade jugak sbb terlalu bnyk dan tak mampu nk habiskan...last2 hubby yg menjadi mangsa..

7. kalu park kereta, kene parking reverse..bontot kereta masuk dulu..sbb ummi kurang mahir dan kurang yakin parking biasa n side parking..ini pun hasil usaha cikgu yg garang tp berjaya mengajar anak murid...hehe...

8. balik kerja xsuka ikut jalan kampung sbb bnyk kereta n traffic light..jadi suka pilih jalan highway..xsbr nk jumpe abi n afy..wpon hanya 10 minit je beza..

9. kahwin pada usia 25 tahun...dan dpt baby pertama pada usia 26 tahun..(ini pun mahu cerita ka?..hihi...)

10. graduate dlm bidang nutrition dan bekerja pun dlm bidang nutrition...alhamdulillah...

11. mengenali cinta hati semasa di universiti...satu kolej kediaman dan satu fakulti...phewwwiittt!

12. suka mandi air panas...

13. kalu bwk kereta xpakai kasut or selipar or sandal...huhu

14. bwk kereta pagi2, mesti bukak radio hotfm...dgr panggilan hangit..

15. cpt tersentuh bile tgok cerite sedih mengenai suami isteri, ibu atau ape shj mengenai kekeluargaan...cthnya kalau baca or tgok gmbr mengenai penderaan, buang bayi dan ummi rase korean drama bnyk buat air mata ummi keluar...skrng tgh layan "single daddy in love"..channel 391 jam 10.15 - 11.20 mlm...setiap isnin - jumaat.. ulangan setiap sabtu dan ahad - 830 pagi - 11 lbh rasenyer...cube la tgok...sedihhhh...

alhamdulillah...dh selesai utk cabaran pertama...long way to go...;)

Sunday, February 20, 2011

Tanda Kasih

Assalamualaikum,



tempat kerja abi
source : google

Ummi dan afy baru balik dari hospital. owh, xde sape2 yg sakit. ummi bwk afy g hospital jumpa abi & bagi 'kasih sayang' a.k.a makanan lunch utk abi. tapi, ummi xsedar bila afy terlelap dlm kereta. xsmpt bergelak tawa dgn abi. sedar2 dah terlentok dlm car seat kat sebelah. tghari tadi mase tgh masak, afy duduk dlm walker. tp, die duduk dlm tu pun xleh lama. jadi, ummi pancing dgn senduk n mcm2 lagi mainan utk die. nmpk dia mcm dh boring sket main dgn senduk, ummi bagi die main mangkuk plastik. kene tukar2. kalu x, mengamuk dan xdpt la masak dgn tenang. pastu, ummi pancing dgn buah anggur. ummi buang kulit, gigit sket isi dan bagi afy makan. kulit anggur, ummi makan.. isi buah, afy makan. hehe. dia mmng sngt suka makan buah limau n anggur serta apa2 jua makanan yang keluar dari mulut ummi dan abi. makanan dia yang di suap guna sudu, cukup susah nak mkn.

so, lepas masak, berperang pulak nk bagi makan. lama jgk nk menyuap. die tutup mulut die dan gigi dia yang 6 batang tu dijadikan penghalang sudu tu masuk dlm mulut dia. kalau ummi berjaya masukkan sudu dlm mulut die, ada pulak penghalang lain iaitu lidah. lidah die pulak tolong tolak sudu tu. adoii. afy afy. sabar je la. dh lepas makan, mandi! siap2 mandi, pakaikan baju utk afy. dh lepas afy siap, ummi pulak bersiap n pakai tudung. tapi, silap ummi jgk, g pakai tudung dulu baru nk bungkus kan lauk. afy nk dukung n xmau duduk bwh sbb die dh tgok ummi die pakai tudung n cantik2. hukhuk. ummi letakkan afy dan bungkus makanan cpt2. afy nangis. dah siap bungkus makanan terus amik afy dan automatik die diam. dah xnangis. afy mmng dah tau kalau ummi die pakai cantik2 or abi pakai hensem2, die yg paling gelabah skali. ummi pernah acah die. xpakai cantik2 mcm nk keluar tapi 'bye bye' dia dan berdiri kat pintu rumah. die buat xheran pun sbb die tahu ummi tipu die. hehe.

owh, berbalik pada tajuk, dh siap2 sume, start kereta, n letak afy dlm car seat. die diam. xnangis. sbb die tahu, ummi mmng nk bawak die g jalan2 n x tinggalkan dia. hehe. dalam kereta, die diam. nk dkt smpai, die mcm merengek2 sket. tp xnangis. rupa2nya die mmng dh mengantuk. tu yg boleh tertido tu. hehe. lepas bagi 'kasih sayang' kat hubby, n hubby kiss afy yg tgh lena tido, terus balik rumah dan alhamdulillah sngt bersyukur sbb hari ni sekali lagi dpt berbakti kepada suami. alhamdulillah ;) thank u Allah..



afy dlm car seat...

mutiara kata : "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan, menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

Friday, February 18, 2011

Cabaran 30 hari update blog..

Assalamualaikum (perkataan salam dah xleh gune)...

semasa blogwalking beberapa hari lepas, ummi ada baca beberape blog yg buat cabaran ni..fuh! agak mencabar jgk nk buat 30 post dlm masa 30 hari..xterdaya..hehe..kalau ummi buat pun, mungkin xde la setiap hari..mungkin mengambil masa yang lama jugak la..xpe, slow2..;)

inilah cabarannya...

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.
Day 02- The meaning behind your Blog name.
Day 03- A picture of you and your friends.
Day 04- A habit that you wish you didn’t have.
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.
Day 06- Favorite super hero and why?
Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.
Day 08- Short term goals for this month and why.
Day 09- Something you’re proud of in the past few days.
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.
Day 11- Another picture of you and your friends.
Day 12- How you found out about Blog and why you made one.
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.
Day 14- A picture of you and your family.
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.
Day 16- Another picture of yourself.
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why? Day 18- Plans/dreams/goals you have.
Day 19- Nicknames you have; why do you have them?
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future. Day 21- A picture of something that makes you happy.
Day 22- What makes you different from everyone else?
Day 23- Something you crave for a lot.
Day 24- A letter to your parents.
Day 25- What I would find in your bag?
Day 26- What you think about your friends?
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned.
Day 30- Who are you?


cuba la yer kawan2...;)

ni ummi letak gambar piramid makanan malaysia yang baru..bagi sesiapa yg belum pernah tgok dan xtahu mengenai piramid nie boleh la mengambil tahu..sebab piramid ni boleh jadi guide untuk kite dalam pengambilan makanan seharian...



untuk lebih lanjut, klik sini

mutiara kata : "Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Thursday, February 17, 2011

another contest from KEDAI LULU

Assalamualaikum...

afy sertai satu lagi contest dkt Kedai Lulu...Lulu's Cutest Baby...sape2 nk join, jom klik di sini --> FB Kedai Lulu & Blog Kedai Lulu ...pertandingan nya senang jek...

1/ beli barangan Kedai Lulu (e.g : baju, lense, shawl dsb) - untuk pengetahuan, brng2 yg dijual dkt Kedai Lulu ni meletup uolls (trademark Kedai Lulu..;p) baju2 die pon ala2 muslimah, lense yg dabomb n baju baby yg comels2...sila la kunjungi Kedai Lulu k..;)
2/ peragakan barangan Kedai Lulu dan tangkap gmbar
3/ masukkan dlm FB (tag or inbox) atau blog Kedai Lulu..
4/ pastu kene war-warkan dan suruh kawan2 klik "like" kat fb

DONE!

hadiahnya MISTERI...kene tunggu Lulu umumkan kat FB...



ni gmbr afy...konsep gmbr ini ialah seorang doktor yang sedang cek patient..hehe..1st time ummi pakaikan spek kat afy, ummi and abi yg lebih2 gelak...afy rilek jek..spek tu xde cermin pon..sbb tu rilek je die pakai..sila klik like di sini k..tq kawan2..;)

Wednesday, February 16, 2011

MRS. ZACH Give-Away



ok semua, untuk menyertai GA ini, kene penuhi beberape syarat..kene buat dulu baru qualified ye kawan2...jom kite go through...

1. korang kena jadi follower belog aku. wahahaha..eceh. kalau tak nak jadi follower pun takpe, tapi peluang follower untuk menang adalah sangat tinggi ok!

dah jadi follower ke-91...yeay!

2. korang kena lengkapkan ayat, "saya nak menang mrs zach's first give away kerana.....(tidak lebih 200 patah perkataan". kalau korang ada blog, tulis dalam blog korang benda alah ni. kalau takde, buat kat ruangan komen.

saya nak menang mrs zach's first give away kerana....

Saya mengimpikan satu potret yang menggambarkan keharmonian dalam sebuah rumahtangga, penuh dengan kasih sayang, serta betapa kuatnya ikatan kasih sayang yang terjalin antara abi, ummi dan anak dalam keluarga. Aura pada potret tersebut, diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada sesiapa yang melihatnya. InsyaAllah. Saya juga ingin menjadikan ianya sebagai potret kenangan kami bertiga sebelum kehadiran cahaya mata kedua serta sebagai kesinambungan daripada gambar di bawah....


2 jun 2009

3. korang kena hebahkan give away ni dalam belog korang. tepek je banner give away tu dlm satu entri belog korang.

dah tepek di atas...;)

4. tinggalkan jejak korang (blog's address) dalam bahagian komen untuk give away ni.

orite...nk g tinggalkan jejak..;)



mrs. zach, sila la pilih ummi saya supaya saya boleh bergmbr seperti di atas...hihi

who's amung us