Saturday, June 19, 2010
Tips Kesihatan: Kuning, Mata dan Buta....
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua... :)
ni merupakan 1st post dari abi sebagai tips kesihatan buat semua... :)
untuk yang kali ni, abi cuma nak ceritakan tentang penyakit kuning atau pun digelar NEONATAL JAUNDICE (NNJ)... :)
rasa2nya, kebanyakan orang mungkin dah tahu apakah itu penyakit kuning...nak cari dari internet pun senang...banyak laman web yang boleh ceritakan pasal penyakit ni..
kat sini, abi cuma nak bagitau tentang serba sedikit kepercayaan orang kita terhadap penyakit ni...ni berdasarkan pengalaman abi jugak... ;)
masa afy kena kuning tu, ramai orang bagitau abi ayat ni..."hamzah, baik2 dengan kuning tu....jangan sampai kena kat mata...nanti bahaya...boleh jadi buta..."
berkali2 abi dengar nasihat ni terutamanya daripada golongan yang lebih tua a.k.a. nenek, pakcik dan makcik...abi cuma diam dan senyum je setiap kali dinasihatkan begitu... :)
untuk pengetahuan semua, kepercayaan 'jangan biar kuning sampai kena mata...bahaya..boleh jadi buta..' tu sumanya xbenar...sebagai seorang doktor, dengan ilmu dan pengalaman yang abi ada, penyakit kuning ni sebenarnya akan bermula dari mata,dan kemudian berakhir di mata....maksudnya, pada peringkat awal penyakit kuning ni nak jadi, mata bayi tersebut yang akan kena dulu, dan pada peringkat akhir penyakit ni nak sembuh, kuning di mata yang akan hilang last skali... :) dan untuk pengetahuan suma jugak, penyakit kuning ni akan bermula dari atas dan kemudian ke bawah, dan akan hilang bermula dari bawah kemudian ke atas... :)
sepanjang pengalaman abi, sekiranya kuning tu dah sampai di bahagian perut dan kebawah, itu tandanya level kuning @ bilirubin tu dah menjangkaui 200 dan ke atas...so sekiranya ini terjadi, adalah lebih baik untuk bawak baby pergi check darah... :)
so, buat semua para ibu dan bapa, sekiranya terdengar atau diberi nasihat seperti diatas, jangan takut atau risau... insyaAllah xkan ade apa2 pada mata bayi tersebut... :) dan jangan lupa untuk sebar2kan tentang perkara ni, supaya kita suma lebih alert & update tentang isu kesihatan, insyaAllah.. :)
salam buat semua, semoga berjumpa lagi, apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T., dan ape yang buruk & salah adalah dari abi sendiri..assalamualaikum.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment