Saturday, June 19, 2010

Berpantang & Jaundice: Part 1

assalamualaikum w.b.t.....dan juga salam sejahtera kepada suma.. :)
yang tulis post ni bukanlah ummi yang biasa tulis tu, dan juga bukan afy yang baru je masuk 3 bulan....tapi ni abi diorang merangkap suami kepada tuan punya blog.. :0 :)



alhamdulillah, akhirnya saya berjaya jugak menulis post untuk blog isteri saya ni...sebenarnya, abi xdela berminat sgt nak menulis blog2 ni...sebab abi sendiri pun jarang2 online disebabkan kesibukan bekerja..tapi setelah didorong oleh ummi, abi pun curi2 masa untuk tulis... :) dan sebenarnya disamping itu, abi jugak ade niat & reason sendiri untuk tulis blog ni...kerana agar abi dapat berkongsi sebanyak mana ilmu yang abi ade sebagai seorang doktor muslim, suami dan juga ayah kepada semua yang membaca... :)



untuk post yang pertama kalinya abi tulis ni, abi cuma nak sambung cerita yang ummi tengah ceritakan tu....kisah bersambung disini...:

Setelah selamatnya ummi bersalin, bermulalah masa ummi untuk berpantang..mula2nya, kitorang memang dah lama rancang untuk ummi berpantang di rumah ma (ibu ummi) di machang, kelantan...tapi untuk 4 hari yang pertama, ummi & afy masih duduk bersama abi di seremban ni..sebabnya nak biar ummi rehat betul2 dulu sebelum pulang ke kelantan yang mana perjalanannya mengambil masa 6-7 jam... :)



jauhkan..?memang jauh...huhu tapi x tau la bagi orang lain...anyway, mungkin ada yang tertanya2 nape abi, ummi dan afy xnaik flight je, lagi senang...actually, mula2 memang kitorang plan macam tu...tapi ade skali tu, ummi just check kat web air asia..rupa2nya barulah kitorang tahu yang minimum umur untuk seorang bayi nak naik flight adalah 9 hari dan ke atas.... huhu cian afy xdapat naik kapal terbang yek... ;)

so, dalam masa 4 hari yang pertama tu, ummi berpantanglah di seremban...alhamdulillah, pada masa tu, mek (emak abi) datang dan duduk di seremban ni...just untuk membantu di samping menunjuk-ajar kepada kitorang ape yang perlu dilakukan dan dielakkan ketika berpantang... alhamdulillah, pada masa tu jugak abi dapat belajar lauk yang boleh dimasak untuk wanita berpantang daripada mek... :)

so selepas tibanya hari untuk pulang ke kelantan, malam sebelum tu kitorang suma pun tido awal terutamanya abi yang nak drive jauh, supaya masa dalam perjalanan nanti, abi dapat memandu dengan segar dan selamatnya.... :) eh, terlupa pulak nak bagitau...sehari sebelum kitorang balik ke kelantan tu, adik ummi @ tira datang ke seremban dengan bas dari kelantan...sebabnya nak teman kitorang masa ondway balik ke kelantan nanti, agar ummi x letih sangat masa dalam perjalanan nanti...alhamdulillah, beruntung betul dapat adik ipar yang sanggup datang dari kelantan khas untuk tolong kakaknya yang baru lepas bersalin... :)

so masa dalam perjalanan balik tu, afy banyak di jaga oleh tira yang dok belakang..ummi dok depan, dan banyak rehat dan tido...afy dan tira duduk dibelakang...bila afy nak susu je baru ummi jaga...alhamdulillah,kami semua dapat sampai ke destinasi dengan selamat & lancarnya... :)

so masa berpantang di kelantan, masa ni lah antara masa yang mencabar buat abi & ummi...iaitu masa ketika afy menghidap PENYAKIT KUNING & NEONATAL JAUNDICE.. actually, semasa di seremban lagi, abi dah dapat rasa afy dah start nampak kuning..yang lain pun sedar jugak...masa tu ade jugak tergerak hati nak bawak afy ke hospital supaya dapat check berapa tinggi level kuning or bilirubin afy..tapi xjadi bawak sebab takut plan nak balik ke kelantan tergendala...so masa sampai di kelantan, keesokan harinya kitorang pun bawakla afy ke klinik kesihatan pulai chondong yang terletak berdekatan dengan rumah...terkejut mendengar keputusannya, rupanya level bilirubin afy dah naik sampai 288...mengikut apa yang abi belajar & praktikkan selama ni, sekiranya level bilirubin dah lebih dari 250, rawatan cahaya @ phototherapy perlu dibuat.....

pada masa tu, nurse kat situ dah nasihat supaya masuk ward, tapi disebabkan pada hari esoknya kitorang ade majlis akikah, potong rambut, dan pengisytiharan nama untuk afy (kitorang dah plan awal untuk buat semua tu pada hari ke-7 kelahiran afy), so abi pun mengambil keputusan untuk check bilirubin sekali lagi pada esoknya...xjadi bawak afy masuk ward...so pada pagi2 keesokan harinya, kitorang pun bawakla afy lagi skali ke klinik untuk check bilirubin dia..dan untuk pengetahuan semua, pada masa tu, timbul rasa penyesalan dalam hati abi, kerana ego dan degil untuk xnak bawak afy masuk ward awal2...sebabnya, rupa2nya level bilirubin afy dah naik sampai 334!!!!so, tanpa membuang masa, abi terus bawak ummi dari klinik tu ke hospital untukkan afy masuk ward...barang2 afy & ummi sume abi amik lepas tu...masuk je ward, terus diorang start phototherapy untuk afy....


nila gambar afy masa kena kuning tu.....

alhamdulillah, seperti yang abi agak, level bilirubin afy turun dengan cepatnya setelah diletak dibawah phototherapy.. :) dari 334 ke 276...dan kemudiannya turun lagi ke 233....dan alhamdulillah setelah 3hari 2malam di hospital machang, ummi & afy pun discharge daripada hospital...kerana untuk pengetahuan, if level bilirubin dah turun dan bawah daripada 250, doktor akan membenarkan pesakit untuk pulang ke rumah.. :)


gambar afy semasa abi melawat ummi & afy di hospital ... :)
suka ye abi datang tengok....hehehe


gambar afy masa hari nak discharge dari hospital... :)
encem x afy???? ;)

em, abi rasa sampai ni je kot untuk kali ni... :) ade keje sket nak kena buat..anyway,insyaAllah bermulanya dari post yang pertama ni, abi akan letakkan sedikit info mengenai kesihatan untuk dikongsi dengan semua, insyaAllah.. :)
salam untuk semua, jumpa lagi yek.... :)

Episod akan datang: Home Phototherapy..... :)

1 comment:

kmieja said...

cutenyaaaaa & nampak montel afyy:):) untung dpt papa suka menulis.....auntie banggalah:):)

who's amung us