Thursday, August 19, 2010

weekend

salam semua...

ummi bagi tajuk weekend utk entry kali ni sebab ummi dah xsbr menunggu kehadiran weekend.setiap kali tibanya weekend ummi sungguh happy.masuk hari jumaat je happy sebab esoknya cuti.sape2 pon mesti mcm tu kan? masuk isnin, sume layu jek.hehe.btw, ummi sngt tertunggu2 kehadiran weekend kerana waktu weekend la ummi boleh bermanje2 dgn luvly hubby, bleh main2, peluk2, gomol2 anak ummi yang mok2 tu, boleh g shopping2, n boleh bawak afy balik sentul jumpe nenek, makcik & pakcik afy.nak balik kelantan mmng xdpt la sebab jauh & ummi mmng dh xsbr sungguh menunggu kehadiran bulan syawal.cuti ummi pon dah lulus.semalam pegi jumpe bos ummi.minta cuti.alhamdulillah bos ummi baik n luluskan cuti ummi.dia siap tanya ummi raya kat mana tahun ni & tanya ummi, hubby ummi dpt cuti or x.as usual, mcm tahun lepas, cuti hubby belum lagi diluluskan.sob sob.tapi, tiket balik kg sume dah book.haha.apa nak buat if cuti hubby xlulus? hrm.mesti sedih.dah ummi.stop.ape2 pon kite doakan semoga cuti hubby diluluskan.kan dah jadi anak emas consultant kat ward.x gitu en.hubby? hehehe.and oh! reason why my bos selalu tanya mengenai my hubby sebab my bos tu kenal my hubby. semasa hubby bergelar student dulu, hubby perlu menjalani posting community medicine. so, masa tu la hubby kenal my bos dekat PKD Kuala Pilah & jadi supervisor diorang. my bos n hubby terjumpa balik semasa abi datang teman ummi untuk lapor diri semasa mula2 kerja dulu.oh! keciknya dunia.

erm, ummi actually nak cerita mengenai weekend tapi ntah ke mana2 dah pergi. weekend ni ummi, abi & afy akan balik sentul. rumah mertua. berbuka puasa n bersahur sama2 disana. insyaAllah. selain itu, abi bagi cadangan kat ummi, die suruh ummi pegi shopping tudung kat Jalan Tar dengan kak long and mah. and ummi ask him balik. "abis tu abi xnak ikut ke?". serius. ummi mmng rase xbest if hubby xikut sama sebab selalunya ummi mesti mintak his opinion if nak beli ape2. abi said "abg xyah ikut la. abg jaga afy kat rumah. abg xnak bwk afy g tempat yang crowded. kesian dia". hrmm. berfikir sejenak. betul juga. kesian kat afy nanti. oh abang. kalu macam tu, kite g shopping kat tempat lain je la. xyah pegi Jalan TAR. lagipon baju ummi belum siap jahit lagi. 3hb ni baru siap. ummi jahit baju kat rembau. ni la 1st time raya baju kene tempah sendiri. selalunya ibunda tercinta je yang jahit baju. huhu. miss my mum so much! tengok la cmane weekend ni nanti. kalau ummi larat, boleh la pergi. if xlarat, jgn cuba2 nak pergi. kang pengsan. huhu.

yang keduanya, ummi nak cerita mengenai perahan susu ummi semasa bulan puasa nie. alhamdulillah rezeki afy masih lagi banyak. sekali ummi pump kat office dapat 14 - 16 oz. kadang2 boleh mencapai 17 - 18 oz. alhamdulillah. penghasilan susu ummi xterjejas semasa ramadhan. untuk pengetahuan semua, untuk membanyakkan hasil susu, ibu2 digalakkan kerap menyusukan bayi mereka kerana semakin kerap bayi menghisap, semakin banyak susu dihasilkan terutamanya pada waktu malam. penghasilan susu adalah banyak pada waktu malam. 1 lagi point yang ummi nak kongsi kat sini adalah, makanan sama sekali tidak mempengaruhi kuantiti penghasilan susu tapi pemakanan akan mempengaruhi kualiti susu tersebut. jadi, ibu2 digalakkan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi kita. insyaAllah.

oklah. ummi kene stop kat sini dulu. nanti ummi sambung lagi di lain entry. bye! salam..;)

4 comments:

cik fiza said...

wah ummi sara dh tak sabar yer nk balik kampung :)

seronok dgr u wat exclusive BF...

semoga bjaya my dear :)

sharEna said...

alaa...xde gambo afy =((

Nur Iman said...

ye??skrg iman pun suka sgt2 weekend....tp weekend ni xda suka sgt, sbb dh fky g KL...berjauhan dgn dia...tp dpt jumpa kwn2..ok la tu..
*Semoga cuti abi abg long diluluskan=)
Iman x cuti pun raya ni.Simpan jek cuti tu utk kegunaan yg lain..

ssy said...

cik fiza: haah, dah xsbr sngttt..tapi, cuti hubby belum approve lagi..hukhuk..

sharena: smlm i dah nk buat entry untuk afy and ade gmbr skali tapi nak upload lama sngt..smpai mngantuk..insyaAllah, nt i letak gmbr afy..;)

iman : rupenye cik iman kite ni ade blog jugeee...hehe..
erm, enjoy ur weeknd kat KL k..pasal abg tu jgn risau..tapi, rindu tetap rindu kan? hehe...

eh, nape iman xcuti raya??

who's amung us