Friday, June 11, 2010

foremilk & hindmilk




Nampak x perbezaan warna stok EBM ummi? Ade yang warna putih cerah sket and ade yang warna putih kuning. Untuk pengetahuan readers, susu yang berwarna agak putih cerah2 sket tu, adelah foremilk dimana apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk). Foremilk agak cair kerana mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan berperanan untuk menghilangkan dahaga. Manakala Hindmilk(akhir/belakang) pula, agak pekat, kurang air tetapi mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan berperanan mengenyangkan bayi. Hindmilk mempunyai kalori yg tinggi dan penting untuk memberi tenaga serta tumbesaran baby. Oleh sebab itu, bayi disarankan menyusu dengan lebih lama supaya mendapat hindmilk (>10mins every session).



Ihsan dari sarakids.com


Gambar kat atas tu menunjukkan perbezaan susu foremilk and hindmilk. Sebelah kiri adalah foremilk manakala sebelah kanan adalah hindmilk (nampak lebih berlemak and berkrim kan? Yummy yummy!!). so, pastikan bayi mendapat kedua2 jenis susu ini. Sebab kedua2nya perlu seimbang. Foremilk mengelakkan bayi dehydration manakala hindmilk pula untuk tumbesaran bayi. Sekiranya bayi tidak mengalami peningkatan berat badan, berkemungkinan bayi tidak mendapat hindmilk. Itu mungkin salah satu sebab la kenapa bayi xnaik berat badan.
Hrm, isnin ni kene g klinik bwk afy timbang and cucuk. Ummi kene amik time slip lagi. Abi plak xsure leh temankan or x. Tapi, xpe. Ummi pon boleh kot nak pergi 1orng. Tapi kalu boleh nak ade hubby skali. Hehe.

2 comments:

cik fiza said...

chayok2 ummi sa'ra...
teringat masa praktikal dulu dok kempen EBF...
alalalaa sian afy nk kena cucuk.. xpe baby afy kn kuat :)

ssy said...

chaiyukkk!!! hehe...sedang elok je rase..tgh2 dok promote kat orang menjayakan EBF, kite pon turut sama praktikkan..hehe..

who's amung us