Alhamdulillah. Kami sekeluarga bersama adik ipar ummi baru balik dari CH. Seronok gak g sana. Lebih2 lagi if g dgn family. Ni kali kedua ummi ke sana. Kali pertama pada tahun 2006. 6 tahun lepas. Pergi lawatan under club masa kat UPM dulu. Kali ni pergi bersama keluarga. Stay dekat apartment hotel equatorial. Sangat selesa. Lain kali if nak dtng CH lagi leh la stay sana. Kami bertolak pada hari jumaat pagi dan smpai CH tengahari. Hubby check in pastu masukkan brng, solat dan terus keluar cari makan. Kami cari tempat makan kat area berinchang. Lepas tu singgah kedai kedai yang berdekatan. Jalan jalan cuci mata jek. Then singgah Kea farm, cactus valley dan balik hotel. Malam plak kami ke pasar malam berinchang. Barang2 kat sini lagi murah berbanding kedai yg kami singgah tadi. Sempat beli fridge magnet, selipar strawberry, baju dan makanan utk makan malam. Sangat sejuk kat sana. Xtahan. Sampai rase macam malas mandi. Haha. Hari kedua kami ke bharat tea, rose valley, bee farm dan mula beli strawberry, sayur, buah - buahan dan teh utk dibawa pulang. Hari ketiga dah nak balik jadi mase otw balik kami singgah di avant chocolate. Beli coklat sket kat sana.sedap gak la coklat die. Then terus bertolak balik. Alhamdulillah. Ada rezeki boleh datang lag. InsyaAllah.
Monday, March 26, 2012
Tuesday, March 20, 2012
kudapan kami suami isteri
Sekarang ni dah rasa takut nak makan makanan yg bnyk fat,cholesterol, gula, garam dan sbgainya. Bila nak beli makanan kami suami isteri dah mula tengok label pemakanan secara serius. Dulu tgok gak tapi xserius. Roti canai, nasi lemak dah jarang sngt makan. Makan juga tp jarang2. Skrng ni breakfast makan cornflakes + susu anlene (me) & susu omega for my hubby. Minyak masak pun dah tukar. Kami bnyk beli buah buahan. Kalau lapar makan buah. Low calorie, low fat. Jauhkan diri dari makan makanan yang high in saturated and trans fatty acid. Bahaya for our health. Now, berat hubby pun dah turun about 3 - 4 kg. Seluar yang dulu x muat dah boleh sarung dah. Ummi pulak berat alhamdulillah turun sket2. Walaupun tinggal about 5-6kg lagi nak kene turunkan. Alhamdulillah. Satu lagi sekarang ni kami amalkan makan malam jam 630 ptg. Malam if lapar kami makan buah buahan jek.
Monday, March 19, 2012
my feveret place kat rumah
Ini adalah tmpt yg paaaaling ummi suka kat rumah. Why? Sbb di sini tmptnye ummi mengenyangkan perut abi dan afy. Dan ummi suka dapur mcm ni sbb senang. Walaupun kecik tp xrase sempit pun. Rumah lama kami dulu dapur sngt luas. Rumah kat kelantan pun dapurnya sngt luas. Tiba2 rumah sendiri dpt dapur yg cinonet je. Hehe. Tapi ummi suka sbb bila dapur kecik senang nak bersihkan. Selain drpd tu, dapur kecik xleh letak brng2 bnyk2 dan xboleh ikut suka hati je letak brng sbb akan nmpk serabut. Jadi, bila nmpk serabut otomatik ummi akan terus nk kemas. Jadilah rajin sket. Kihkihkih. Tapi, walauapepun ummi SANGAT2 bersyukur dah.
Meh nk bercerita sket mengenai dapur ni. Masa beli rumah ni, kabinet dapur, tempat utk masak, sink, langsir dapur sume dah siap. Tmpt yang gantung2 xde sebenarnye. Itu adalah ilham dari IKEA. Besi panjang tu kami upah orng yg pasang grill tlng buatkan. Penyangkut, tmpt letak sudu n garfu, rak pinggan, pasu bunga sume kami beli kat IKEA. Sbbnya, Kami rase dapur yang kecik mcm ni kene buat mcm dlm gmbr tu. Periuk yang cntik sket dan selalu sangkut jek. Abaikan periuk yang hitam2 sket tu. Tapi, elok gak letak, baru nmpk mcm rajin masak sket. Kahkahkah.
Kat ruangan atas kabinet dapur tu ummi just letak brng yang selalu gune serta cantik mata memandang jek. Haha. Macam drying rack utk botol susu, heater, bekas air masak,periuk nasi, oven mmng akan selalu digunakan. Kalau blender plak xselalu gune masuk jek dalam kabinet. Susunan kat atas kabinet tu pun disusun tk menyenangkan pengguna dapur. Mug diletakkan disebelah heater dan bekas air masak supaya senang nk minum air. Amik mug, masuk air panas pastu cmpur sket air sejuk sket then, tadaaaa dah boleh minum. Hubby ckp nak letak satu kerusi mcm kerusi dkt bar kat situ. Supaya masa minum kene duduk! Hihi.
Periuk nasi mmng kene letak atas la sbb hari2 masak nasi kan? Kang xde periuk nasi nt ckp malas masak pulak. Haha. Pastu masa mula2 tgok dapur ummi dok pk kat mane la nk letak pinggan yg dah siap dibasuh? Dah la dapur kecik pastu kabinet tu kan jenis kayu. Jadi utk menjaga kabinet tersebut supaya tahan lama, ummi nak elakkan kabinet tu drpd basah. Kalau sket2 xpe. Boleh lap terus kan. Kalau air dari pinggan basah, tak ke susah tu. Lagipun ummi nak limitkan brng2 supaya xnmpk serabut. Jadi, pk punyer pk. Bincang punye bincang, kami decide nak beli je dish rack yg boleh letak dlm sink. Nasib baik la sink zaman sekarang kan dua. Lagi bagus yang ada tmpt letak sabun tu. Tapi rumah ummi hanya ada dua sink. Tempat letak sabun xde. Xpelah. So, satu utk tmpt basuh dan satu lagi tmpt letak pinggan mangkuk yang baru dibasuh. Jadi, xbasah la kabinet ummi. Bila dah kering baru la pindah ke sebelah. Nampak tak gmbr rack sblh sink tu? Kalau xkering tapi penuh pulak, amik kain bersih, lap dan letak rack sebelah sink tu. Senang kan? Sesuai lah cara ni utk dapur yg kecik. Alhamdulillah :-)
Saturday, March 17, 2012
Planner 2012
Semalam ummi mintak tlng hubby ambilkan selendang pashmina and baju kot kat ofis ummi. Ummi blm start keje lagi sbb tu mintak hubby tlng. Xsmpt nak bwk balik dah terberanak. Hehe. Selendang n kot ni nk bwk g bercuti next week. Yeay! Xjauh pun. G cameron je. Saje je berjalan-jalan. Hubby ckp tiap bulan nk bwk kami g jalan-jalan. Bulan lepas g zoo negara. Bulan ni CH. Bulan depan Aquaria KLCC kot. InsyaAllah.
Ofis ummi mmng berkunci so, bagi hubby kunci dan dia singgah jap kat sana masa otw g keje. Bila hubby bukak je pintu ofis, banyak sngt surat bertaburan atas lantai. Ni mesti kes masukkan surat ikut bwh pintu. My hubby decide bwk balik semua surat2 tu ke rumah supaya ummi juga boleh bersedia utk masuk kerja kelak. Haha. Sbb dia dah perasan ummi mcm dah malas nak masuk kerja. See, my hubby terus bagi semangat. Actually die lagi suka kalau ummi xkerja n dok rumah jek. Tapi, paham2 lah dunia sekarang. Dia ckp nt bila gaji abg dah smpai rm10k abg nak honey dok rumah jek jaga anak2. Owh! Bila lah saat itu akan tiba. Berangan jap. Kihkihkih.
Hubby pun bwk la balik my selendang, kot dan surat2 tu. Ada jugak satu sampul surat yg belum dibuka. Ummi dpt 2 planner utk tahun 2012. Aduh. Kenapa la lmbt sngt ummi dpt. Ummi dah beli awal2 dah planner mcm ni. Takkan nak guna smpai 3 kot. Hubby pun dah dpt jgk dari tmpt kerja dia. So, nak bg kat sape ni? Sape nak? Haha. Ummi suka guna planner mcm ni. Setiap tahun mesti beli. Sape nak bgtahu ek! Kikiki..
birthday afy yang kedua
Ni cerita minggu lepas. 12 mac adalah besday afy. Dah besar dah anak ummi. Dah 2 tahun. Terlalu cpt masa berlalu. So, tahun ni sambut besday afy mcm biasa jek. Xde buat makan2 besar-besaran pun. Just beli kek dan hadiah utk afy. So,memandangkan besday afy jatuh pada hari isnin, kami decide sambut 11.3 malam. Nak tau g mane? Senawang! Why senawang? Sbb senawang de tutti frutti. Yeay! Before g tutti frutti singgah kedai kek jap beli kek ufk afy. Then, terus ke tutti frutti dan makan kek skali kat sana. Kali ni ummi belanja! Harga aiskrim rm14.80 tapi tambah dua kali dgn harga sama. Haha. Best! Dan afy dpt hadiah pen tutti frutti dari staff sempena besday dia. Tapi confirm la ummi yang gune pen tu. Kihkihkih.
Ini adalah perkembangan afy setakat ini :
1. Blm pandai ckp lagi. Hanya beberapa perkataan jek.
2. Wpun xpandai ckp lagi tapi dah pandai kira 1-10 complete. Xde lubang-lubang.
3. Huruf alif ba ta pun dh pandai baca. Dan dah kenal beberapa huruf. Hari tu ummi saje2 test tunjuk huruf kat dia gune flash card dan sngt terkejut sbb kbnykn huruf dia dh kenal..alhamdulillah..
4. Huruf ABC -Z pun dah pandai baca ikut aturan.
5. Handfon galaxy s ummi dan abi pun die dah conquer. Dia akan unlock sendiri pastu main je ape yg dia nak. Play video, bukak lagu, main games dsb. Yang ni sejak sethun stgh die dah pandai.
6. Paling suka mandi. Ajakla bnyk kali mandi dlm sehari pun xpe. Kalu mood dia xbaik, bila ajak mandi confirm mood dia ok balik.
7. Paling sayang adik dia. Selalu nak ciun adik. Nampak je orng lain pegang adik dia, sibuk je panggil adik adik. Takut orng lain amik kot adik dia. Maybe.
Alhamdulillah. Perkembangan yang sangat memuaskan bagi abi dan ummi. Kami selalu ajar die huruf2 tu semua. Play video, bacakan buku. Alhamdulillah afy pun jenis yg suka kepada buku dan sngt fokus mcm abi dia. Semoga anak abi dan ummi menjadi anak yg taat dan soleh serta berguna kpd agama bangsa dan negara. Ameen.
Thursday, March 15, 2012
stok EBM utk Umar
Alhamdulillah. Dimurahkan rezeki sekali lagi oleh Allah. Dalam peti ni ada lebih kurang 70botol ebm. Setiap botol ada 4oz. Ummi lagi suka gune botol. Ramai yang tanya kenapa xguna plastic storage? Lagi jimat ruang. Actually gune botol senang. Gune plastik agak leceh sket. Tapi terpulang lah pada individun xkisah la yg mana2. Asalkan susu ibu. Botol ni ummi beli kat emumshop. Paling murah setakat ni. 10 botol hanya rm30.00. Satu botol rm3.00. So, sape2 yang tgh survey bottle storage, sila lah ke facebook emumshop. Sangat murah.
30 mac ni ummi dah nk start keje setelah bercuti selama 3 bulan. Macam-macam rase ada. Tapi nak buat macam mana kan. Tanggungjawab. Semoga semua urusan dipermudahkan dan Allah membantu setiap urusan dan perjalanan hidup ummi. Ameen.
Berbalik pada stok ebm tadi ramai juga yang tnye cmane leh dpt buat stok sebanyak itu? Ada rahsia ke? Or ade makan ape2 ubat ke? Ummi said no. Sangat simple. Doa, semangat, think positive, rajin pump, serta dalam satu hari kena tetapkan target. Berapa oz yang ummi nak dpt dalam satu hari. Ummi target nak dpt 12 oz sehari. Means 3 botol sehari. Selalunya ummi akan pump 2 kali waktu siang dan 1 kali waktu malam. Alhamdulillah. Lama2 xsmpai 2 bulan, peti dah penuh. Hope ummi dan ibu2 semua dipermudahkan perjalanan penyusuan masing2. InsyaAllah. Dan jangan lupa sentiasa menyebut alhamdulillah. Thank you Allah.
birth story part 2
Hubby bangun dan die plak yg panik sbb dlm kereta penuh brng2 yang dikemas semalam. Kereta ummi plak dah dekat rumah baru. Takkan nk bwk ummi g hosp naik moto kot. So, he decide nak g hntr brng2 tu dulu ke rumah baru. Nasib baik xjauh. He ask me samada boleh tahan ke tidak. I said 'still boleh tahan' dan relakan dia pergi sambil berdoa dan memujuk hati tiada ape yg akan berlaku. Hubby ada cerita balik pengalaman dia hntr brng2 kol 4 pagi. Macam pencuri di rumah sendiri plak. Haha. Xlama pastu hubby balik. Alhamdulillah. Ummi tetiba rasa nak g toilet. Hubby pesan jgn teran kuat2 nanti lain plak yg kuar. Hubby tlng conduct pernafasan utk hilangkan rase sakit. Masa anak 1st xbuat pun. Tahan macam tu je. Kali ni rase sakit contraction tu boleh control. Dan satu lagi, application 'contraction calculator' sangat membantu. Boleh download dekat market. Bila sakit datang,terus tekan dan boleh bantu kita kira sakit dtng brape kali dlm mase 10 mins serta brape lama sakit tu dtng. Tetibe rase nk g toilet.
Kali kedua masuk toilet tetibe ade drh+lendir. Owh. Now, baru rase yakin yg ummi dah nk beranak dah! Baru rase neves! Panggil hubby dan terus die ckp jom, kite g hosp. Ummi mintak hubby call bbsitter afy dan hntr afy dulu. Alhamdulillah makcik ros ok dan boleh jaga afy. Memandangkan hari ni hari sabtu kan takut die ada plan lain. Lepas subuh, baru bertolak ke hosp. Mase tu contraction dah strong. Dah 3 in 10 kot mase tu. Terus ke screening room dan my hubby request nk buat VE sendiri. My hubby buat VE sambil pegang my handbag kat bahu ok. Just imagine. Haha. Dan, seperti mane yg dijangka, dah 4 cm! Ummi diberi baju pink dan dtng seorang doktor chinese lady. Die ckp kene buat VE skali lagi sbb prosedur hosp. Walaupun telah dibuat oleh suami saya seorang doktor but needs to reconfirm. Seorang staff kat situ pun ada bgtahu xleh conduct sendiri sbb ethics. Etika seorang doktor tidak boleh merawat keluarga sendiri. So, dr tadi buat VE. confirm 4 cm. Kul 7 kalu xsalah baru dibawa ke labour room. Neves sungguh. Masa tu hubby xtau g mane. Nurse yg tlng tolak ke LR. fuh! Masuk LR lagi neves. Nampak katil yang akan digunakan utk berjuang. Ummi masih lg mengamalkan teknik pernafasan. Diorng suruh naik katil. xlama pastu hubby dtng. Teman ummi. Tgh2 dok tahan sakit tu dgr diorng dok ckp2. Nape xtunggu esok? Leh masuk paper bb thn baru. Mane boleh tahan2 kalu dh sakit. Huhu.
Dgr jugak my hubby request dr perempuan yg conduct delivery. Alhamdulillah. Duduk dlm LR tu dgr2 jgk bunyi baby nangis. Masa tu ummi doa cpt2 la baby keluar. Dah x sanggup nak tahan. Huhu. Sakit makin kerap dan sakittt. Lengan,bahu, baju hubby menjadi mangsa. Hubby relakan aja. Kata-kata semngat xputus diberikan. Seorang nurse tawarkan nk cucuk pethidine x? Utk kurangkan sakit. Ummi geleng kepala. Banyak kali diorng tny. Ummi geleng kepala sbb ummi rase sama jek. Xde bza pun. Huhu.
Kali ini, 2 orng SN dan1 orang MO yang tolong. Tetibe dtng sorang lagi nurse dan nurse itu adalah nurse yg tlng deliver masa 1st baby dulu. Sangat baik. Selama dalam LR tu adala beberape kali kene seluk. Xsuka tp terpaksa. Lebih kurang dkt2 kol 9 kot baru la dibenarkan utk teran. Masa tu sume dah standby. Bnyk kali gak percubaan utk meneran dilakukan. Hubby mmng xputus2 bg kata2 semngat. Nurse yang baik tu pulak xputus2 bc doa kuat2. Kali keberapa xingat baru la berjaya keluarkan kepala baby. Dan perlu teran sekali lagi utk keluarkan bahu bb. Bila bahu dah keluar hubby cpt2 tgok boy or girl. Dan terus bgthu. Kite dapat baby lelaki! Again! Seorang lagi little mujahid telah lahir kedua. Ikhlas ummi ckp ummi xkisah. Asalkan dua2 sihat walafiat. Alhamdulillah. Lega sngt dan baru la terasa penatt! Baby diletakkan sekejap kat atas dada ummi dan ummi dpt menyentuh anak ummi. Assalamualaikum syg! Dan slps tu bb dibawa utk ditimbang dan dibersihkan. Hubby pun ikut sama utk tengok. Dia datng balik dekat ummi dan bgthu 3.45kg syg! What? Nape berat sngt? Haha. Malam sebelumnya timbng 3.1kg. Ingtkan bb akan kuar lebih kurang Afy jek. Hihi. Apepun. Syukur bnyk2.
Hubby dah kena balik rumah sbb bnyk lagi kerja yang perlu dilakukan. Bayangkan kami hanya lakukan lbh kurang 20% sahaja urusan pindah sama-sama. Yang lain semua hubby uruskan sendiri. Pada hari ummi keluar ward, everything settled. Ummi hanya goyang kaki shj. Semua suami yang uruskan. Allahuakbar! Itulah pengorbanan seorang suami dan ayah. Dia bnyk berkorban utk mendapatkan rumah ini hanya dalam masa 3 bulan shj. Alhamdulillah.
Owh lupe nk bgtahu. Kelahiran kali ini xbnyk pun kena jahit. Hubby ckp sket jek. Dipanggil sbgai 'skin nick'. Alhamdulillah. Maha suci Allah. Rasenye itu shj pngalaman ummi. Setiap anak lain2 kesakitan semasa melahirkan. Afy dulu lama sngt dok dlm LR. lbh kurang 7 jam. Kali ni hanya 2 jam lebih shj. Thank you Allah.