Thursday, August 26, 2010

duit raya, shopping & makanan afy

Alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakan buat kami. Dapat RM500 duit raya! Abi dpt, ummi pon dpt. Syukur. Boleh la buat belanja sket2 untuk raya & dijadikan duit raya kat kampung nt. Uh! Mood raya dah menjelma. Perasaan nak balik ke kampung maken terasa. Cuti raya plak dah approved. Tapi, hubby belom. Sob sob. This coming weekend, kami bertiga nak g shop2 sampai xlarat. Selagi larat. Kalu xlarat, balik rumah terus. Yela. Bulan puasa. Takut xlarat nak jalan. Afy rilex je. Seronok je jalan-jalan. Abi n ummi je la. Hehe. Tapi, xpe. Tadi ummi dah cakap nak g shoping2 sampai larat. Agak2 dah xlarat, abi sorang je yang shopping nt. Hubby ummi tu pandai shopping. Kadang2 taste die mengancam jugak! Hehe. So, hari ahad insyaAllah kami akan melancarkan misi shopping raya walaupon hari sabtu hubby oncall. Ini atas kehendak hubby sendiri. Dia rela je balik je dari hospital terus siap2 g shopping. Ummi nak g beli tudung raya. Abi nak beli baju raya. Afy pulak dah banyak baju raya nenek, aunt2 and uncle dia kasi tapi, masih lagi nak bershopping raya. Hehe.

Ok! Dah abeh pasal shopping raya. Next ummi nak ckp pasal makanan pelengkap untuk bayi. Ummi tgh membaca 1 buku garis panduan pemakanan bayi dan kanak-kanak. Ummi nak share la mengenai makanan pelengkap untuk bayi berumur 6 bulan. Memandangkan afy dah boleh makan dalam mase beberapa minggu lagi nie iaitu pada hari raya, ummi pulak yang nebes. Hehe. Yang penting ummi xnak kasi afy makan nestum or apa-apa yang dijual di pasaran. Ummi xnak kasi afy makan makanan yang ditambah gula or garam sbb produk2 yang kebnyakannya dijual di pasaran telah ditambah gula n garam. So, ummi nak perkenalkan afy dengan makanan yang dibuat dirumah oleh ummi & abi dengan rasa asli tanpa penambahan gula dan garam. Kalau boleh ummi nak mulakan dengan bubur nasi, buah-buahan untuk permulaan. InsyaAllah, next entry ummi akan berkongsi mengenai pemakanan bayi dan kanak-kanak terutamanya bagi bayi yang baru nak memulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan. insyaAllah. Daa, jumpe next entry. Assalamualaikum.

6 comments:

Nur Iman said...

Alhamdulillah rezeki....
Bagus2..bg afy mknn yg berkhasiat agar mbesar dgn sihat...

cik fiza said...

yeaa dapat duit raya best kn hehehe~~

afy dh leh makan ek sara?

wah cepat nya dia besar..
raya ni dtg la umah or kita jumpa la..
i nk jumpa afy huhuhu
tak pernah jumpa dia lg

hamzah ian said...

nak duit jgk.. hahah

ssy said...

iman: alhamdulillah..insyaAllah, sentiasa mencuba yang terbaik untuk afy...;)

fizzie : best!!! hehe...haah, afy dah bleh makan dah pada hari raya..12.6.2010..afy dah boleh makan..i pon nak jumpe u..rinduuuu...afy pon nak jumpe aunt die yang cun nie..u dtng la umah i raya nt!

hana yoriee said...

hehe..alhamdulillah dpt duit raya ek.kami berdua pun insyaAllah dpt duit raya juge..tp bukan guna utk raya..tp utk kawen..agagaga..

waahh..afy dh leh makan solid food..=)gud gud..

cik fiza said...

insya Allah ingat nnt raya nk pi jalan2 la braya jumpa semua kwn2 lama.. rindu bangett...

who's amung us