Saturday, August 28, 2010

afy dah mula lasak

assalamualaikum...

ketika entry ini ditulis, afy & ummi je dok umah. hubby oncall today. ganti kawan dia sbb wife kawan dia tu nak induce pada hari ni. so, hubby tlng ganti oncall. ummi kalau boleh nak hubby dok umah. tapi, at the same time ummi kesian kat kawan dia. teringat masa ummi bersalin dulu, hubby terpaksa oncall jugak pada hari ummi bersalin. alhamdulillah ummi bersalin pagi & hubby dapat jugak ada bersama ummi dalam labour room. lepas ummi bersalin, hubby terpaksa naik ke ward dia sebab dia kerja & oncall pada hari tersebut. ummi bernasib baik sebab ummi bersalin kat hospital yang sama dengan tempat kerja hubby ummi. so, xjadi masalah sebab hubby leh dtng jenguk ummi sekali sekala. alhamdulillah. jadi, beberapa hari lepas hubby ada tanya ummi mengenai oncall. ummi ckp kat hubby ummi kalau boleh nak hubby sentiasa ada dengan ummi. kalau boleh xyah oncall lansung! haha. boleh x macam tu? ummi kesian jugak kat kawan dia tu. so, ummi relakan je la. sebab ummi fikir mesti wife kawan dia memerlukan hubby die di saat2 perjuangan melahirkan baby. sama jugak macam ummi dan wanita2 lain. memerlukan kehadiran hubby di sisi dan sentiasa menemani. betul x? ;) so, ummi xkisah. redha dengan pemergian hubby untuk oncall. hehe.

petang nie, ummi akan berbuka dengan ibu mertua, sis in law kak long & mah. mereka akan dtng ke seremban berbuka dgn ummi. best2x. xde la berbuka 1orang2. yeay! tapi,kesian kat hubby. berbuka apa la nanti. so, tadi dah tidurkan afy lepas dia main2. sekarang dah makin lasak. semalam banyak kali abi tersedar sebab afy tiba2 ada dekat kaki abi. 2-3 kali plak tu. bukan sekali. lepas tu pagi tadi, masa ummi bangun tidur, ummi tengok afy xde sebelah ummi. terkejut betul!. ummi cari afy. rupa2 nya afy ada kat bwh meja laptop kat kaki ummi. masa tu dia tgh nanges sbb dia dah xleh bergerak. ya Allah! afy afy. lasak betul. tapi, xpela. itu la namanya proses tumbesaran seorang bayi. haha. ummi redha afy. hehe.

last. ummi upload gmbr afy. selama nie, afy bergerak sekeliling rumah guna gear reverse. kadang2 die guling2. haha. enjoy!


Thursday, August 26, 2010

duit raya, shopping & makanan afy

Alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakan buat kami. Dapat RM500 duit raya! Abi dpt, ummi pon dpt. Syukur. Boleh la buat belanja sket2 untuk raya & dijadikan duit raya kat kampung nt. Uh! Mood raya dah menjelma. Perasaan nak balik ke kampung maken terasa. Cuti raya plak dah approved. Tapi, hubby belom. Sob sob. This coming weekend, kami bertiga nak g shop2 sampai xlarat. Selagi larat. Kalu xlarat, balik rumah terus. Yela. Bulan puasa. Takut xlarat nak jalan. Afy rilex je. Seronok je jalan-jalan. Abi n ummi je la. Hehe. Tapi, xpe. Tadi ummi dah cakap nak g shoping2 sampai larat. Agak2 dah xlarat, abi sorang je yang shopping nt. Hubby ummi tu pandai shopping. Kadang2 taste die mengancam jugak! Hehe. So, hari ahad insyaAllah kami akan melancarkan misi shopping raya walaupon hari sabtu hubby oncall. Ini atas kehendak hubby sendiri. Dia rela je balik je dari hospital terus siap2 g shopping. Ummi nak g beli tudung raya. Abi nak beli baju raya. Afy pulak dah banyak baju raya nenek, aunt2 and uncle dia kasi tapi, masih lagi nak bershopping raya. Hehe.

Ok! Dah abeh pasal shopping raya. Next ummi nak ckp pasal makanan pelengkap untuk bayi. Ummi tgh membaca 1 buku garis panduan pemakanan bayi dan kanak-kanak. Ummi nak share la mengenai makanan pelengkap untuk bayi berumur 6 bulan. Memandangkan afy dah boleh makan dalam mase beberapa minggu lagi nie iaitu pada hari raya, ummi pulak yang nebes. Hehe. Yang penting ummi xnak kasi afy makan nestum or apa-apa yang dijual di pasaran. Ummi xnak kasi afy makan makanan yang ditambah gula or garam sbb produk2 yang kebnyakannya dijual di pasaran telah ditambah gula n garam. So, ummi nak perkenalkan afy dengan makanan yang dibuat dirumah oleh ummi & abi dengan rasa asli tanpa penambahan gula dan garam. Kalau boleh ummi nak mulakan dengan bubur nasi, buah-buahan untuk permulaan. InsyaAllah, next entry ummi akan berkongsi mengenai pemakanan bayi dan kanak-kanak terutamanya bagi bayi yang baru nak memulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan. insyaAllah. Daa, jumpe next entry. Assalamualaikum.

Monday, August 23, 2010

vote for afy...

assalamualaikum kawan2 ummi.. afy join this contest. ummi ckp saje2 je nak join. so, kawan2 ummi, jgn lupa vote & klik kat undi k.

vote for safiyullah bin hamzah

klik sini

vote for afy! hehe. if kawan2 ummi klik, tapi xde gambar afy, kawan2 ummi kene scroll ke bawah and then pegi ke next page k! daa, assalamualaikum!

ummi demam...abi afy & afy jaga ummi...

semalam, giliran ummi plak yang demam. mmng rase xlarat sngt. demam selsema. dah 2-3 hari dah ummi rase badan ummi xsihat sebab duduk dalam air cond yang sejuk giler. rase mcm dok dalam peti ais je air cond kat klinik tu. natijahnya, ummi demam. badan dah xcukup kuat. tapi hari sabtu, alhamdulillah abi, ummi & afy masih berkesempatan untuk balik berbuka puasa bersama keluarga kat sentul. tido kat sana 1 malam. actually, malam tu ummi asyek dok bersin je. masa bangun sahur dah terasa badan ni macam lemah sangat. sebelum bangun sahur tu, ummi terbangun banyak kali. disebabkan afy tido sebelah ummi, ummi risau takut afy pon berjangkit dengan ummi. setiap kali ummi terbangun, ummi akan rase kepala & badan afy samada panas or x. alhamdulillah afy ok. ummi sambung tido balik. ada la terjaga beberapa kali. bangun sahur, ummi x makan ubat. xterfikir pon nak makan ubat. kalu abi tau ummi demam mase tu, confirm dia akan sibuk2 cari ubat untuk ummi.

lepas bangun tidur after sahur & solat subuh, ummi rase badan semakin lemah. actually kitorang nak pegi shopping today. tapi, kesihatan ummi xmengizikan. so, balik rumah terus la. nak makan ubat pon xleh. abi singgah farmasi g beli ubat clarinase (ubat selsema yang xmengantuk) untuk ummi. sampai rumah, solat zohor, abi suruh ummi rehat. abi amek kain basah n letak atas kepala ummi. kol 2 ummi tidur. afy pulak main2 sebelah ummi. abi pulak, semua kerja rumah dia buat. ummi dah xleh tolong. ummi tidur start kol 2 sampai kol 5.30 ptng. bangun2 je ummi tgok afy kat sebelah ummi tgh tidor jugak. susu afy, abi yang bagi. abi amek stok dlm peti ais sebab abi xnak kacau ummi. & afy minum 8oz sekali minum. fuh! banyak nyer afy minum. selalunya 4 - 6 oz. paling banyak 6 oz. xpernah smpai 8 oz. ummi bangun sebab abi kejut ummi nak solat asar sama2. ummi bangun, sumenye dah siap. makanan berbuka dah siap, baju untuk seminggu dah siap iron, baju dah siap jemur, afy plak dah siap dimandikan. semua tu hubby yang buat! owh! terharu sungguh! itu lah hubby ummi. sangat helpful & rajin. alhamdulillah ummi dikurniakan seorang suami yang memahami, rajen, helpful & bertanggungjawab. syukur sangat.

lepas solat asar, badan ummi maseh lagi xsihat. mungkin sebab xdpt makan ubat lagi. ummi maseh teruskan berpuasa. rase mcm rugi if nak berbuka. lagipon, ummi maseh lagi larat nak berpuasa. masa ummi and abi berbuka, afy sedap je tidur. xganggu ummi & abi berbuka pon. selalunya, kitorang akan berbuka dengan kurma, kuih and minum air dahulu. kemudian solat maghrib berjemaah. lepas tu barulah makan makanan berat dengan hati yang tenang. xde la solat maghrib lambat. insyaALLAH, suasana seperti ini akan diteruskan sampai bila-bila bersama afy dan bakal anak-anak kami yang lain nanti. lepas berbuka, makan ubat panadol and ubat selsema. lepas makan ubat, mengantuk sangat. abi suruh ummi tidur je dulu, then bangun solat isyak nanti. solat tarawikh pon ummi xbuat malam tadi sebab xlarat sngt. kesian kat abi solat isyak & tarawikh sorang2. afy pulak alhamdulillah behave je, xbanyak ragam macam selalu.

bangun pagi nie, ummi rase sihat sikit tapi belum sepenuhnya tapi hari ni xdpt nak amik cuti sebab ummi ade meeting penting kat seremban. meeting tu smpai tengahari. ummi ingat, ummi nak off petang. alhamdulillah meeting pon kat seremban je. dekat je la dgn rumah ummi. so, petang ummi dpt off. ummi dah msg bos ummi. actually bos ummi pon ade kat meeting pagi tadi. tapi sebab ummi xsmpat nk jumpe die, ummi msg & bos ummi pon ckp die off petang. hehe. so, skrng nie ummi kat rumah. berehat2 sambil buat entry baru. badan maseh lagi lemah tapi dah ok sket la dari semalam. alhamdulillah.

hari ni, abi balik lambat. kol 10 malam. sebab specialist request. HO kene balik kol 10 malam hari ni. owh! sungguh xbest. xpe la. sabar la. itu sebahagian dari tuntutan kerja hubby. kerja pon merupakan satu ibadah juga. so, si isteri kena la redha dan bersabar. insyaAllah. ;)

Thursday, August 19, 2010

wajah2 kesayangan kami..afy@5 months

salam. wah! rajin betul ummi update blog kali nie. hehe. hari nie ummi nak upload gmbr kesayangan kami pada umur 5 bulan. so, layanzzz!


































itu la die wajah kesayangan ummi dan abi...semoga afy menjadi anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa..ameen..;)

weekend

salam semua...

ummi bagi tajuk weekend utk entry kali ni sebab ummi dah xsbr menunggu kehadiran weekend.setiap kali tibanya weekend ummi sungguh happy.masuk hari jumaat je happy sebab esoknya cuti.sape2 pon mesti mcm tu kan? masuk isnin, sume layu jek.hehe.btw, ummi sngt tertunggu2 kehadiran weekend kerana waktu weekend la ummi boleh bermanje2 dgn luvly hubby, bleh main2, peluk2, gomol2 anak ummi yang mok2 tu, boleh g shopping2, n boleh bawak afy balik sentul jumpe nenek, makcik & pakcik afy.nak balik kelantan mmng xdpt la sebab jauh & ummi mmng dh xsbr sungguh menunggu kehadiran bulan syawal.cuti ummi pon dah lulus.semalam pegi jumpe bos ummi.minta cuti.alhamdulillah bos ummi baik n luluskan cuti ummi.dia siap tanya ummi raya kat mana tahun ni & tanya ummi, hubby ummi dpt cuti or x.as usual, mcm tahun lepas, cuti hubby belum lagi diluluskan.sob sob.tapi, tiket balik kg sume dah book.haha.apa nak buat if cuti hubby xlulus? hrm.mesti sedih.dah ummi.stop.ape2 pon kite doakan semoga cuti hubby diluluskan.kan dah jadi anak emas consultant kat ward.x gitu en.hubby? hehehe.and oh! reason why my bos selalu tanya mengenai my hubby sebab my bos tu kenal my hubby. semasa hubby bergelar student dulu, hubby perlu menjalani posting community medicine. so, masa tu la hubby kenal my bos dekat PKD Kuala Pilah & jadi supervisor diorang. my bos n hubby terjumpa balik semasa abi datang teman ummi untuk lapor diri semasa mula2 kerja dulu.oh! keciknya dunia.

erm, ummi actually nak cerita mengenai weekend tapi ntah ke mana2 dah pergi. weekend ni ummi, abi & afy akan balik sentul. rumah mertua. berbuka puasa n bersahur sama2 disana. insyaAllah. selain itu, abi bagi cadangan kat ummi, die suruh ummi pegi shopping tudung kat Jalan Tar dengan kak long and mah. and ummi ask him balik. "abis tu abi xnak ikut ke?". serius. ummi mmng rase xbest if hubby xikut sama sebab selalunya ummi mesti mintak his opinion if nak beli ape2. abi said "abg xyah ikut la. abg jaga afy kat rumah. abg xnak bwk afy g tempat yang crowded. kesian dia". hrmm. berfikir sejenak. betul juga. kesian kat afy nanti. oh abang. kalu macam tu, kite g shopping kat tempat lain je la. xyah pegi Jalan TAR. lagipon baju ummi belum siap jahit lagi. 3hb ni baru siap. ummi jahit baju kat rembau. ni la 1st time raya baju kene tempah sendiri. selalunya ibunda tercinta je yang jahit baju. huhu. miss my mum so much! tengok la cmane weekend ni nanti. kalau ummi larat, boleh la pergi. if xlarat, jgn cuba2 nak pergi. kang pengsan. huhu.

yang keduanya, ummi nak cerita mengenai perahan susu ummi semasa bulan puasa nie. alhamdulillah rezeki afy masih lagi banyak. sekali ummi pump kat office dapat 14 - 16 oz. kadang2 boleh mencapai 17 - 18 oz. alhamdulillah. penghasilan susu ummi xterjejas semasa ramadhan. untuk pengetahuan semua, untuk membanyakkan hasil susu, ibu2 digalakkan kerap menyusukan bayi mereka kerana semakin kerap bayi menghisap, semakin banyak susu dihasilkan terutamanya pada waktu malam. penghasilan susu adalah banyak pada waktu malam. 1 lagi point yang ummi nak kongsi kat sini adalah, makanan sama sekali tidak mempengaruhi kuantiti penghasilan susu tapi pemakanan akan mempengaruhi kualiti susu tersebut. jadi, ibu2 digalakkan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi kita. insyaAllah.

oklah. ummi kene stop kat sini dulu. nanti ummi sambung lagi di lain entry. bye! salam..;)

Wednesday, August 18, 2010

check up 5 months..

salam..selamat berpuasa buat semua..huhu..dah seminggu lebih berpuasa, baru nk wish..hmmm...alhamdulillah puasa kali ini sudah bertiga..kalau dulu berdua..sekarang bertiga..seronok sangat..sebelum ummi bercerita mengenai checkup 5 month afy, last entry ummi adalah mengenai sambutan minggu penyusuan susu ibu peringkat daerah..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancarnya..pertandingan memasak, ceramah, kuiz semua tu dapat berjalan dengan baik..hasil usaha ummi xsia2..walaupun majlis bermula agak lambat, tapi atas kerjasama semua, ummi berpuas hati..alhamdulillah..program pertama yang ummi handle setelah 3 bulan bekerja..banyak lagi program2 yang ummi kene buat..

hari jumaat lepas (13.8.2010), ummi bawak afy ke Hospital seremban untuk amek suntikan 5 bulan..selalunya ummi bwk afy ke klinik kesihatan je tapi memandangkan ummi n abi terlalu bz and xdpt cuti, we decide nak bwk afy ke hosp seremban tmpt abi kerja..lagipon, batuk afy xhilang2 sejak sebulan yang lepas..ummi sangat risau..tapi, afy hanya batuk shj and xde demam, selsema or penyakit2 lain..so, we decide nak bwk afy ke klinik paeds hosp seremban..amek suntikan and bwk afy jumpe pakar paeds kat sane..abg kenal pakar paeds tu..mula2 smpai kat sane, afy ditimbang n his weight pada umur 5 bulan adalah....7.4kg! semangantnyer anak ummi..alhamdulillah ade kenaikan berat walaupun xbnyk mcm sebelom nie..lagipon ummi risau takut afy xcukup minum sebab petanda2 die mula nak makan tu dah ade..tapi, insyaAllah, pada umur afy 180 hari, ummi and abi akan bagi afy makan..itulah yang dipanggil sebagai exclusive breastfeeding..tidak memberi ape2 pada bayi selain susu ibu dan memulakan makanan pelengkap pada umur 6 bulan..kene ingat 6 bulan..dan jangan bagi pada umur 4 bulan, 5 bulan, or sebelum smpainya umur bayi tersebut 6 bulan @ 180 hari..

lepas timbang n ukur tinggi, abi bwk afy jumpe pakar...abi cerita balik history afy kat pakar tersebut..afy diperiksa..n kene buat x-ray..ummi pon xtau nk explain term2 medical nie..setakat no murmur tu ummi tau la..haha..yang penting ummi doakan afy sihat dan jauhi afy dari penyakit asma..n alhamdulillah afy sekarang semakin sihat..batuk pon dah kurang cume selepas kene suntik, afy demam..suhu badan afy mase kami cek, 38.1..punya la terkejut and terus bagi afy antibiotik serta sejukkan badan afy dengan air..weekend kami hari tu dihabiskan dengan menjaga afy yang sentiasa menangis sbb xsihat..masa afy demam, kami risau sebab kami xpernah tgok n dgr afy nanges teruk mcm tu..tapi, walau macam mane teruk pon afy mase tu, die sempat hadiahkan senyuman buat abi n ummi..mungkin die nak bgtahu ummi n abi yang die ok and die xnak kami risau..walau apepon alhamdulillah hari ahad, afy getting better..suhu badan afy kami sentiasa cek..setiap sejam sekali..kdng2 xsmpai sejam, dah cek..haha..punye la risau..

mengenai puasa tahun 2010 nie, ummi and abi sngt happy sebab berpuasa ditemani oleh si kecil kami..afy membenarkan kami solat maghrib, isyak dan tarawikh berjemaah sama2..even sebelum2 nie pon die mmng membenarkan kami solat fardhu berjemaah..dan die tidak menangis semasa ditinggalkan sorang2..alhamdulillah, afy seorang anak yang senang dijaga..abi dan ummi sentiasa doakan afy menjadi anak yang soleh..ameen..

fuh! entry marathon betol nie..hehe..k la..next time ummi sambung lagi..bye! selamat berpuasa..salam

Thursday, August 5, 2010

doakan ummi...

esok, adalah harinya.tadi baru siap buat slaid and reka soalan untuk kuiz penyusuan.10 soalan semuanya.alhamdulillah.tinggal nk print je.hope everything berjalan lancar tomorrow. ameen. habis esok, minggu depan sahaja ade banyak kerja baru sedang menunggu. meeting program kat sekolah bersama guru besar, PPD, MOH. Lepas tu, ade meeting pencapaian dengan P.Z.M negeri. uhuk. dan jugak laporan pemantauan tataetika belom siap lagi. uh. lepas habis satu, satu keje datang tersengih menunggu untuk dihabiskan. berdoa semoga ummi mempunyai kudrat dan di samping itu, xmelupakan suami serta anak ummi yang tersayang. walau macammana stress pon ummi kat tempat keje, bile balik rumah, tgok muka suami dan anak, hilang segala tension. alhamdulillah..;)

tengahari tadi, lepas balik dari Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Peringkat Negeri kat Jelebu, baru teringat, ummi kene follow up pasal makanan untuk esok dgn katerer. terus call office, mintak number katerer tu dengan PT. Bile call, diorang ckp diorang xterima ape2 makluman mengenai makanan tu. ape? oh. dugaan. dugaan. sabar sa'ra sabar. cool. so, ummi call balik sister yang incharge and ask her. sister tu ckp, die ada bgtahu pihak katerer tu. tapi, xtahu mcm mane boleh berlaku mcm nie. so, kene la cari orang lain n call office skali lagi mintak number katerer lain. ok. dpt 1 number. than, ummi call. tapi, nasib xmenyebelahi. katerer tu dah ade another customer and dia xdpt buat bnyk2 sekaligus sebab kurang kakitangan n kenderaan. ummi call office skli lagi. ok. dpt 1 lagi number. ummi try call and alhamdulillah die setuju. syukur sngt. semoga esok berjalan dengan lancarnya. insyaAllah. doakan ummi.

ok la, stkt nie je dulu. hubby mcm biase. kol 10 baru balik. afy pulak tgh terkebil2 tgok ummi die menaip kat laptop. kesian plak ummi tgok. k la. nak g angkat n main ngn afy dulu. daa. salam. ;)

Wednesday, August 4, 2010

bz week...

assalamualaikum buat semua...

dah lama x update blog nie.hmmm.lately sngt2 bz.especially July and early august.pegi keje, balik keje, tido awal n esoknya bangun balik pegi keje balik.hari2 mcm tu la rutin ummi & abi.termasuk hero ummi.afy.hehe.berckp mengenai afy, alhamdulillah afy sudah semakin membesar bagaikan juara..berat semakin bertambah, panjang juga semakin bertambah dan sudah pandai meniarap. good job afy! Minggu dpn afy dh nk masuk 5 bulan. cepatnya masa berlalu. alhamdulillah ummi masih lagi menyusukan afy secara eksklusif. tetapi, ummi risau sbb afy dah mula minum banyak. 1 hari die penah minum 22 oz mase kat rumah pengasuh. dua hari lepas 20 oz. semalam 18 oz. hari ni pon 18 oz. dah seminggu lebih afy minum agak banyak. stok ebm ummi dah jadi negative balance. selalunya positive je. huhu. risau. risau. kene berusaha keras lagi. ummi bincang dengan abi, hangat betul perbincangan P.Z.M dengan doktor. P.Z.M ckp ini, doktor ckp itu. fuh! nasib baik afy kecik lagi. kalu x, dengan afy2 join sekali. hehe.

abi xde kat rumah semasa ummi taip this entry. ummi tinggal dgn afy je. xbest betol bila abi kene stay kat hospital and tinggal berdua je dgn afy kat rumah. mcm lost n xtau nak buat ape. walaupon fikiran dok pk pasal kerja yang bertimbun2 xsiap. abi skrng nie baru masuk posting baru iaitu surgery. so, kebiasaannya bila masuk posting baru, every HO kene tagging selama 2 minggu. maksudnya kat sini, selama 2 minggu lah abi akan balik pukul 10 malam. everyday. so, tiap2 malam la ummi dok menghitung detik demi detik menunggu kepulangan hubby tercinta. ditambah pulak abi kene g keje kul 5 pagi tiap2 hari selama sebulan. what? 5 pagi? ye, 5 pagi. before this kol 630 pagi tapi untuk posting baru nie, abi kene g keje kol 5 pagi. ummi and afy tgh syok2 tido, abi dah kene siap2 g keje. kesian abi. sob sob. to my hubby, honey doakan abg sentiasa tabah and kuat semangat. doa honey sentiasa mengiringi. ameen.

citer pasal afy dah, pasal abi pon dah. now, citer pasal ummi plak. esok umi kene pegi Jelebu. ada sambutan Minggu penyusuan susu ibu peringkat negeri. tahun ni buat kat jelebu. tahun depan, xtahu lagi daerah mana plak akan jadi tuan rumah. so, esok ummi akan pegi jelebu bersama dengan Bos ummi kat daerah. yang bestnya, driver office datang amek kat rumah. hehe. so, xyah pegi office besok. lagipon, if nak g jelebu mmng kene lalu seremban. so, bos ckp amek kat rumah je. alhamdulillah. hari jumaat ni, ummi kene handle sambutan minggu penyusuan ibu dekat daerah pulak. peringkat daerah nt, ummi kene handle pertandingan memasak, kuiz penyusuan and ceramah pemakanan untuk ibu menyusu. From A - Z semua ummi yang handle. penat. sungguh penat. biasa la. P.Z.M mmng xde pembantu. sorang2 la buat keje. xbaik. xbaik. jangan merungut. kene ikhlas buat kerja. alhamdulillah setakat nie ummi maseh lagi enjoy and ikhlas. insyaAllah.

so, doakan ummi sukses yer..ameen..;)

who's amung us