Wednesday, January 11, 2012

birth story part 1

Bila ingt balik pengalaman bersalin yg lepas tetibe rase seriau dan dlm masa yg sama terasa rindu. Haha. Boleh plak rindu.


31 dec 2011. Mmng sngt2 xsangka akan melahirkan pada tarikh tersebut. Sbb my EDD sepatutnya pada 21 jan 2012. Mmng tepat2 37 weeks bb keluar.


Kronologinya begini:


Masuk 36 weeks, terasa mcm sakit kat celah kangkang. Memang sakit dia xleh nk ckp. Ingatkan sbb penat jalan2 shopping. So biarkan aje. Ingatkan akan hilang. Xhilang2 jugak. Ngadu kat pak doktor. Die cuba nak urut n tanya sakit kat mana. Sini? Bukan. Sini? Bukan. Huhu. Xtau nk ckp dan mmng bila ummk sendiri nak urut pun xjmp mana tmpt sakitnya. But still boleh jalan mcm biasa. G kerja drive mcm biasa. Cuma kadang2 akan terasa sakitnya. Sampai la hari khamis (29 dec) hari kami dpt kunci rumah baru. Mlm tu g solat maghri., baca yaasin, ma'thurat dan solat isyak kat sana. Kebetulan malam jumaat. Alhamdulillah. Sempat baca semuanya. Masa tu mmng sakit kat celah kangkang tu semakin sakit. Nak bgn pun susah nak jalan pun tahan2 jek.


Kebetulan juga ummi mmng amik cuti rehat dari hari Jumaat smpai la hari rabu sebab nak pindah rumah. So amik cuti lama2 sket.


30 dec 2011 (jumaat)


Plan utk hari ni adalah bersihkan rumah baru. Hubby dah upah 2 orang maid utk bersihkan rumah. Mcm mana cari maid? Hubby terbaca dalam majalah metrolive. Upah bersihkan rumah selama 4 jam. Bayarannya rm120. Ummi dilarang dari melakukan sebarang kerja. Sebabnye dah sarat. Dan satu lagi checkup ummi yg last hari tu pada khamis lepas ada trace protein dlm urine. But yg lain2 sume normal. Especially BP. Normal. Tapi dr suruh ummi monitor bp dan urine albumin mulai hari ini setiap hari selama seminggu. So, memandangkan tgh cuti ummi decide nak g wat kat KK Desa Rhu. Yang paling dekat dgn rumah ummi. Ingt nak g pagi tapi tetibe rase xlarat nak pegi. Sebabnye ummi g town dulu decide nak g klinik. Ape la ummi ni. Sepatutnya g klinik dulu. Hehe.


So, plan yg kedua adalah g ikut hubby ke klinik lochum die. Ptng nt die ada lochum mcm biasa. Jadi ikut je lah dia nt. Erm. Proses pembersihan rumah oleh 2 maid yg diupah berjalan lancar. Settle dlm kol 230 ptng. So agak berpuas hati jugak lah. Kalu xde dorng xtahu la larat ke x hubby nk buat sorang. Kesian kat hubby. Ada 2 maid ni pun, kalau boleh sume benda dia nk buat. Ke sana ke sini. Mmng kesian tgk dia. Kepenatan.


Lpas rumah dah bersih, hubby decide nak masukkan brng dalam rumah hari ni juga. Tp xsemua dan bukan brng2 berat. Just brng2 dapur yg mmng dah diangkut masuk kereta smlm. So, ummi dah bgtahu hubby kalau boleh bhgian dapur ummi nak susun brng2 tu. So hubby benarkan. Dgn syarat ummi duduk je. Nasib dapur xluas sngt. Brng2 hubby angkut letak dkt2 je dgn ummi supaya ummi xyah susah2 bangun. Tgh2 susun2 brng tetibe ummi rase sakit perut. Dua kali. Contraction kah? Dan tetibe gak rase mcm seluar basah. Air ketuban pecah ke? Tp xkan sket sngt. Xde la basah lencun tp seluar yg ummi pakai tu pun bsh. Xpernah mcm tu. Lagi pun ummi xde pengalaman air ketuban pecah. Masa afy dulu keluar drh + lendir jek. Air ketuban dipecahkan kat dlm labour room. ARM - Artificial Ruptured membrane. So, cpt2 bgtahu hubby. Terniat hati nak g cek jap. So bila cek tgok discharge bnyk sngt.


Hubby decide nak g hosp. Die cancel lochum. So hubby bawa g hosp. Hubby call kwn dia kat O&G. Eh..afy mana? Xcerita pasal afy pun? Haha. Afy kami hantar rumah makcik pengasuh pagi2 lagi sbb xnak die main2 kat rumah baru. Bnyk habuk dan xelok utk die.


So smpai hosp, terus ke screening room. Daftar dan dr amik history. Cek bp,urine dan timbang berat. Dan brt ummi menurun! Mengikut pngalaman ummi, masa nak bersalinkan afy dulu pun brt turun gak. Mak aih. Nak bersalin dah ke ni? Mcm xbersedia jek lagi. Lpas tu baring atas katil dr cek VE dan scan bb. Katanya dah buka 1 cm dan brt bb 3.1kg. Nurse pun ade cek contraction. 2 in 10! But i ask question. Then the dr bgtahu kene cek CTG dulu. So, cek ctg dulu. Lbh kurang dlm 20 mins. Result ctg pun cantik jadi dibenarkan pulang. BP dan urine albumin pon normal. Alhamdulillah. Risau ada PIH or preeklampsia. Nauzubillah. So, balik dr hosp terus g amik afy. Sian afy mesti tgh menunggu.


Balik rumah, makan mlm n lyn masterchef jap pastu terus tido dgn afy. Abi plak nk kemas brng2 yg nadih ada kat rumah lama. Bnyk lagi xkemas. Ummi xterdaya nk tolong. Ummi dah ckp kat abi dan minta dia tidur serta rehat. Esok masih ada. Tapi, dia nak juga kemas mlm ni.


Masa tgh tidur kadang2 ummi terjaga gak dgr abi tgh kemas2 bilik. Jalan sana jalan sini. Tp ummi xsure kol bp mase tu. Mmng xlarat nk bukak mata dah. Dan xtau dah kali keberapa tersedar, masa tu abi pun dah tido. Ummi agak mase tu maybe dlm kol 3 pagi kot. Ummi tersedar dan rase mcm perut mengeras dan ade rase nk buang air besar. Alamak. Contraction kah? Allahuakbar. Tp ummi buat2 xtahu jek. Sbb rase boleh tahan lagi. Byk kali gak terbangun. Sampai la ummi rase xtahan sngt. Kejut hubby sambil tertonggeng menahan sakit. Haha.


To be continued..


Published with Blogger-droid v2.0

No comments:

who's amung us