Friday, October 15, 2010

a year ago...

assalamualaikum...

setahun lebih yang lalu, iaitu tanggal 2 Jun 2009, adalah tarikh yang bermakna buat kami berdua. kami dinikahkan. rase macam baru je hari tu berdebar2 tgok hubby lafaz akad. sekarang, dah setahun lebih berlalu. ummi sengaja je buat entry ni sebab ade kawan ummi request nak tgok gmbr nikah & gmbr afy. gmbr afy dah ade tapi gmbr nikah je xde. ummi dah ckp kat die, dlm fb ade gmbr kami nikah. tapi, die ckp die xde fb. die malas nak log in fb. haha. so, ummi decide la masukkan je dalam blog. lagipun, ummi pon xpenah masukkan lagi dlm blog.

so, layan la moment2 terindah kami. hari kami disatukan. alhamdulillah. thank you Allah.




skill terbaru afy...

assalamualaikum...

ade lagi skill terbaru yang afy tunjuk kat abi & ummi. afy dah pandai mengengsot ke depan! alhamdulillah! sebelum ni kesian die terkial-kial nak amek barang kat depan dia. mesti die pelik kenapa dia xdpt amek n makin jauh dari barang tu. sebelum ni, afy hanya pandai ke belakang, tapi skrng dh pandai ke depan. mase mula2 ummi tengok mcm xpercaya sebab afy dpt capai mainan yang ade depan die. cpt2 ummi amek kamera n rakam. lepas rakam terus mms kat abi yang ade kat hospital. abi oncall. ummi tunggu ape respon abi sebab skill ni mmng dh lama kami tunggu. lama jugak ummi tunggu abi respons. lepas lama tunggu, ummi sms abi ade dpt x mms yang ummi kasi. xlama lepas tu, abi call. abi nmpknye mmng sngt hepy smpai nk nanges tgok. hihi. my hubby ni mmng mcm tu. dia mmng akan sngt hapy n tunjukkan perasaan hepy die tu. bukan mende ni jek tapi mende2 lain pun mcm tu. die mmng suke bagi expression & kdng2 smpai over expression. but, i loike! hihi.

ni video yang smpt ummi rakam. enjoy ya!

Thursday, October 14, 2010

bonding exclu breastfeeding mothers & baby...

assalamualaikum...

ummi sering tertanya2 apakah buktinya if menyusu dpt menguatkan lagi perasaan kasih sayang anak terhadap ibu dia. apakah bukti si anak yang menyusu secara eksklusif lebih rapat dengan ibunya. sejak afy lahir, ummi memang ternanti-nanti saat afy menunjukkan bukti bahawa afy dah kenal ummi & abi dia. ummi selalu tanya abi bila afy dpt kenal siapa ummi dia siapa abi dia. sebab sehingga kini afy masih lagi selesa dan xkisah duduk ngn sape2 n die xkisah pon sape yg pegang dia. dalam hati ummi sering tertanya2, afy ni belum kenal lagi ke siapa ummi dan abi dia? sebab dengan semua orang pon dia ok je. stranger anxiety masih lagi xde. ops! ummi bukan nak suruh anak ummi jadi mcm tu. actually ummi happy sebab afy boleh je duduk ngan sape2. tapi, kdng2 ummi tertanya2 sendiri.

sehingga la pada suatu hari, pada umur afy 6 bulan nak masuk 7 bulan, persoalan ummi dah terjawab. lepas balik keje, ummi amik afy kat rumah babysitter. as usual, if afy xtido, bbsitter afy akan dukung dia. lepas masukkan beg afy dalam kereta, baru la ummi amik afy dari dukungan bbsitter. hari tu terdetik hati ummi nak cuba sesuatu. ummi hulurkan tangan umi sambil panggil nama afy and at the same time afy tersengih dan memberi respons positif. die bagi respon kat ummi dan tolak badan dia menghala ke ummi. then, bila bbsitter afy hulurkan tangan, afy doesn't give any respon. so, ummi anggap afy memang dh kenal ummi. before this, dia xpenah pon bg respon mcm tu. alhamdulillah. balik rumah, terus call hubby kat hosp. abi oncall hari tu. ummi ceritakan semuanya kat abi. ummi rase seronok sebab persoalan ummi terjawab.

so, besoknya, bile abi balik, ummi suruh abi buat pulak. tapi, afy xrespon pun mcm afy buat kat ummi. so, mase tu dah terfikir dah, betol ke afy buat mcm tu semalam? lepas tu, abi amik afy then suruh ummi pulak amik afy. and ummi mmng xbermimpi. afy bagi respons kat ummi dan siap tersengih2 lagi. tapi, ummi sedih sbb afy xbuat mcm tu kat abi jugak. abi pun sedih jugak. dun worry hubby. xsemestinya dia xbuat mcm tu, dia xkenal abi dia sendiri. abi dia yang selalu tukar pampers, abi dia yang selalu suap dia makan, abi dia yang selalu mandikan dia, abi dia yang selalu main2 ngn dia. Ummi yakin, afy kenal abi dia.

ummi cuma nak bagitahu betapa kuatnya bonding antara ibu dan anak yang exclu bf. itu lah kebaikan yang xdpt disangkal dan ummi pon dah jumpa buktinya. my hubby penah ckp "if abg pon ade susu, abg pon nak bf semua anak-anak kita..tp, Allah jadikan ummi je yg ade susu". thank you Allah.








gmbr mase raya..nak jugak tepek gmbr ummi..huhu

Sunday, October 10, 2010

weekend..10.10.10

assalamualaikum..

cantik betul trikh tu kan? n ramai pasangan2 yg dah selamat mendirikan rumah tangga pada tarikh 10.10.10. pada korang, penting ke trikh cantik untuk melangsungkan perkahwinan dan sebagainya? mungkin senang nak ingt la kot. tapi, jgn xtahu. ade juga yg sanggup kene induced bersalin semata-mata nk melahirkan baby pada trih 10.10.10. hrm, ntah la. jgn lah smpai membahayakan baby & diri sendiri semata2 nk mengejar trikh cntik tu.

hari ni dr. SMS pon dh selamat bernikah dengan pasangan beliau. datin dr. harlina. tahniah buat mereka. semoga bhgia sehingga ke akhir hayat dan sehingga ke syurga. tadi baru tgok majlis diorng kat TV3. no komen. ummi xnak la komen ape2. tghari tadi ummi dan abi pon menghadiri majlis perkahwinan kawan abi mase kat UPM dulu. Dr. Shida & Hafiz. rumah kwn abi tu dkt Taman Mawar, Sepang. jadi, sebab dh dkt dgn rumah & hari ni abi plak xoncall, maka kami berpeluang la menghadiri majlis perkahwinan mereka. congrates Dr. Shida. Kami doakan semoga kekal dan sentiasa bhgia sehingga ke syurga. ameen. lepas tu, kami jalan2 ke Carrefour, Rahang sebelum balik rumah.

cerita mengenai afy, anak ummi tu dh pandai satu mende. nt la ummi cerita. abi plak skrng nie kene panggil ke hospital. walaupon x keje tapi kene panggil sebab ade kemalangan ngeri kat lebuhraya PLUS lebih kurang kol 9 mlm tadi. baru je dgr berita mengenai kemalangan kat berita TV3. tup2 abi betul2 kene panggil dtg hospital! lebih kurang kol 10 tadi, abi dpt call. specialist ward panggil semua HO untuk tolong sebab redzone emergency sngt bz n kekurangan Dr. redha & pasrah lagi. so, tinggal la ummi n afy menanti kepulangan abi tp xtau kul brape abi balik.

ni ummi letak gmbr kami mase otw g sepang. layanz! ;)




























































Friday, October 8, 2010

tagged by fizzie..

ummi kene tag dgn cik fizzie. my BFF. we all kawan sejak upm dulu n dok 1 umah.

1. apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
suami, anak(nk tukar soklan. bukan benda tapi orang). hehe. suka2 hati je tukar. kalu benda pulak setakat ni breastpump la. hehehe.


2. benda yang terakhir korang beli guna duit sendiri?
Baju afy yang dh semakin lama semakin kecik. sebab tu ummi beli bnyk baju baru kat afy.

3. dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?

aaa? dh kawen la. impian ummi bukan tempat dan tema tapi impian nk mengadakan sekali lagi majlis kawen dgn pasangan yg sama iaitu suami ummi skrng. boleh x? ;p


4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
yer. hari2 bercinta! semakin hari semakin sayang!


5. berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?
selama-lamanya...


6. novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
suami ummi belikan ummi buku Pa&Ma..

7. dimana korang selalu jumpa dengan kekasih korang?
dulu2 slalu pegi OU, Bandar Utama


8. apa name penuh korang?
SSY..teka lah sendiri...

9. antara mak dan ayah mana yang korang lebih mesra?
Ma


10. namakan orang yang betul2 korang jumpe dalam hidup korang?
aaa? sume betul2 jumpa..

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
mesin basuh yg basuh. nama pun mesin basuh..


12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Makkah..insyaAllah..one day..ade rezeki..


13. pilih satu, peluk atau cium?
aiyak! bahaya la soklan nieh..


14. beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang?
mesra alam, lawak, comel..


15. 5 mende yang korang sayang sangat dalam hidup korang?
mende? xde mende yg aku syng sngt melainkan insan tersayang..suami, anak, family..

16. 5 lagu yang korang suke dengar?
lagu yg menenangkan jiwa..


17. bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
4 November 1984..tahun lepas 1st time smbut birthday sbgai isteri. smbut kat asrama doktor pelatih hosp seremban. my hubby wat surprise. g amek ummi kat upm and bwk balik rumah. kol 12 mlm abg tutup lampu then nyalakan lilin kek, bg hadiah n kad. mase tu tgh pregnantkan afy. pastu abg bwk cuti2 malaysia ke PD. Best!


18. 5 orang blogger yang korang nak tag
hana yoriee
pinkpurple - puteri raidah
oozing87
shareena - teppei
faizah

19. cerita cikit blogger pertama yang korang tag
my BFF ku kat upm. die dh nak kawen bulan 12 ni. tgh bz buat persiapan. xsbr nk g wedding dieee.

dah abeh. kawan2 jgn lupe jwb yer!

Wednesday, October 6, 2010

stress!

dikala ini ummi tgh bz menyiapkan minit mesyuarat & slaid presentation this friday. kesian afy main sorang2 atas toto pusing2. main hp ummi, main toys, pusing2 lagi sampai keluar dari toto. pastu berehat sekejap then sambung main lagi. abi plak mcm biasa oncall malam nie. xbest. xbest. tapi, sebagai isteri yang memahami kerjaya suami, cewah! kene paham la. so, mana2 bakal isteri kepada Dr, Houseman lebih2 lagi, banyak2 kan lah bersabar. redha dengan pemergian suami ke hospital untuk oncall selama 36 hours! so, dari pagi tadi kami sama2 keluar bekerja seawal 6.45 pagi sehingga lah ke petang ini, ummi balik rumah dgn afy tanpa abi. esok pagi pon sama, keluar kerja 1orang n hantr afy ke rumah bbsitter. petang esok baru lah dpt melihat wajah suami yang kepenatan. sian my hubby kan. poor him.

oppss! bukan itu yang ummi stress kan. ummi stress n cuak sbb this friday (8 oktober), ummi kene present laporan pemantauan depan Timb. Peng. Kesihatan! Ya Allah , berilah aku kelapangan, kesenangan dan "ketidak cuakan" (ops! sila jgn gune word ni dlm karangan ye adik2) untuk berhadapan dgn beliau. permudahkan lah urusan ku. cuak seh! apa pun, kawan2 wish me luck k! esok 1 hari masih ade masa untuk selesaikan mana2 yang patut. so, jumaat nie, meeting akan diadakan di KK Kuala Pilah. Berjalan2 ke kuala pilah la pulak jumaat nie. tapi, xbest sbb terlepas jamuan raya kat office. xpelah. demi tugas.

ni ummi letak gmbr afy duduk bwh meja. bukan ummi yang letak dia bwh meja yer. dia masuk sendiri. ummi kat dapur masa tu. dia reverse2 tetibe ummi masuk ruang tamu balik, tgok2 dia dh masuk bwh meja. pastu siap angkat meja laptop tu dengan kepala dia. kuat betul anak teruna ummi. layanz!




















n nk tepek gmbr ummi sket. hehe. ni mase jadi urusetia untuk program sambutan minggu penyusuan susu ibu daerah seremban. nak jugak letak. ;p

open house, kenduri & oncall

bulan oktober banyak jugak jemputan kawen dari kawan2. xkira la kawan dari kelantan, selangor n n9 sume ade. tapi, yang menjadi masalah adalah tarikh semua bertindan. terkejar2 xtau nk pegi yang mana satu dan jugak sume bz buat open house. kat taman ummi ada 3-4 buah rumah yang jemput ummi & family dtng open house diorng. ummi pon ada buat open house jugak. mase 1st week after raya. xajak ramai orang pon. just ajak fmly, jiran, kawan2 hospital abg dan jugak kwn2 ummi pon xramai yg ummi jemput. ummi pk yg mane dekat & xjauh sngt dgn rumah ummi, ummi jemputlah. if nak tahu, itu la 1st time ummi & abi buat open house & masak soto pulak tu. lama jugak ummi & abi dok pk menu ape yg sesuai n senang nak dimasak oleh tukang masak yg xprofesional n xpandai masak tetapi sedap dan berkualiti. hehe. last2, abi dpt idea nk minta resipi soto melaka dengan mek (mak mertua ummi). kenapa dipanggil soto melaka sebab soto nenek abg belah melaka memng superb! tiap2 kali raya mmng soto menjadi pujaan hati semua.

jadi, we decide nak buat open house hari sabtu di mana pada hari tersebut abi xoncall. itu yang penting. abi xoncall. if abi oncall cmane la ummi nak handle sorang2 kan. nama lagi 1st time buat open house. hehe. so, beberapa hari sebelum, ummi & abi call mek mintak resepi. mek mmng pandai bagi resepi. kenapa ummi kata pandai? sbb resepi yang die bagi tu mmg spesifik. sesuai sngt untuk tukang masak yang xpandai masak untuk ramai2 orang sbb takut salah budget. haha. jadi, lepas mintk resipi semua, step kedua g shopping! xjauh pon shopping. dkt giant ampangan jek. pada hari jumaat, tiba2 dapat tahu abi kene ikut ward round pada hari sabtu iaitu hari kami nak buat open house! oh no! kene tukar plan lain. pada mulanya kami nak masak sama2 pagi tu then jemput tetamu dtng bermula jam 2 ptng. tapi, nmpknye kene tukar plan drpd masak bersama2 kepada masak ber"single2"! mula2 agak cuak jugak. ye la nk masak untuk 15 - 20 orang mmng xsama dgn masak 1-2 orang. tapi, disebabkn yakin dgn resipi mek bagi, maka ummi sendiri willing bangun pagi2 nak masak sendiri dan hubby terpaksa bangun pagi g keje ikut ward round! tawakkal je la. baca selawat bnyk2 semasa masak supaya masakan anda dinkmati dengan penuh nikmat! cewah!

so, pagi2 lagi ummi bangun. oh lupa. nasi impit mmng dh rebus sehari sebelum iaitu pada hari jumaat malam. bwng2 & lengkuas semua juga dihiris pada malam tersebut bersama hubby. begitu jugak dgn kicap. tugas ummi pagi sabtu tu, hanya masak kuah sup sahaja. senang la sket. xde la semua nk buat pagi tu. bile dh siap masak sup, ummi berdebar tunggu abi balik sbb nak suruh die rase dulu. so dlm kol 11 lebih abi balik terus minta abg rasa. alhamdulillah, sedap katenye. marveles! haha. so, kite tunggu ape kate tetamu pulak.

bermula jam 1, tetamu dh mula dtng iaitu kwn2 abg dari hospital. kawan umi yg dtng 1org je. thanks to cik Hana Yoriee. die dtng bersama encik tunang nya. puas hati sngt dpt buat open house. dpt bagi orang makan dan rumah pon semakin berkat sbb ramai tetamu dtng. insyaAllah. nak dijadikan cerita, ade 2 orang kawan chinese n indian abi makan soto yg ummi masak bertambah2. smpai 7-8 kali tambah setiap sorang. kelakar pulak bile tgok. xberhenti2 makan. hehe. alhamdulillah. seronok pulak rase n credit to my mom in law sbb bg resipi yg superb! hehehe.

dah abeh citer pasal open house. nak cite rmengenai kenduri kawen plak. beberape minggu lepas ummi, abi dan afy ke sekinchan sbb ade kenduri my BFF kat sane. bertolak awal2 pagi sebab nak kejar majlis nikah. perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih. alhamdulillah dpt jugak kejar majlis nikah mereka. congrates to oai & pije. selamat melayari alam rumah tangga. & thanks to abi jugak sbb sudi memenuhi keinginan ummi nak tgok my BFF nikah walaopun my hubby oncall. lepas hubby balik oncall terus bertolak ke sekinchan. thanks abg!

16 oktober ni pon ade satu lagi jemputan kawen kat tampin. kawan mase upm dulu. tapi, ummi nak mintk maaf bnyk2 kat jaem sbb xdpt attend ur wedding. ummi akan ke perak. my bro-in-law konvo mase tu. adik ipar ummi konvo on 17 oktober but, my FIL dah booked hotel n stay sana sehari awal. so that, mungkin ummi & fmly kene balik KL on 15 Oktober tu. n mungkin ummi akan amek cuti pada 15 & 18 Oktober sebab nk bercuti2 bersama2 fmly lama2 sket. apepon, congrates to jaem. semoga sentiasa bhgia & majlis berjalan dgn lancarnya. ameen.

Tuesday, October 5, 2010

afy ku sayang...




























"6th month old...exclusive breastfeeding baby" ....until now...alhamdulillah...

hari tu timbang afy dah 8kg..7th month checkup this 18th oct..isnin depan satu lagi..serius, pengalaman menyusukan bayi secara exclu adalah pengalaman yg sngt indah. fullstop. tiada yg indah melainkan yg indah2 belaka. hope anak kedua & anak2 yang seterusnya pon sama. ummi ada menerima ucapan tahniah dari kawan-kawan yang turut sama menyokong perjuangan menyusukan bayi. alhamdulillah. syukur diatas semuanya.

tips untuk ibu-ibu:

1/ jgn stress. sentiasa tenangkan fikiran. emosi ibu sangat mempengaruhi pengeluaran susu. pernah satu ketika, saya memang stress dgn kerja. so, hari tersebut, saya pump susu. malangnya, disebabkan stress, hasil pump pada hari tersebut tidak seperti hari-hari sebelumnya. kecewa sungguh.

2/ dapatkan sokongan dari ahli keluarga terdekat. suami terutamanya. alhamdulillah saya dikurniakn seorang suami yang memahami. suami saya sentiasa menyokong dan merupakan penguat keazaman saya untuk meneruskan perjuangan ini. tanpa dia, belum tentu saya berjaya. alhamdulillah.

3/ kerapkan ransangan dari bayi. semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak pengeluaran dan penghasilan susu. insyaAllah.

good luck to all mothers. n jgn lupa mulakan beri bayi makanan pada umur bayi 6 bulan. jangan bagi sebelum bayi mencapai umur 6 bulan.

daa!

who's amung us